Sunday, January 12, 2014

Menjemput rezeki dengan zikir

Bahagian 2: Bab 15 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 70-73 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

"Orang Melayu memang suka pada tiga perkara. Suka yang menang, nak senang dan nak kenyang!"

Sama ada setuju atau tidak, memang ada realitinya. Kebanyakkan kita memang:
  • Suka membuat kerja yang senang berbanding kerja yang susah.
  • Suka menang berbanding kalah.
  • Suka kenyang berbanding lapar.
Abu Darda' meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada para Sahabat:

Mahukan aku khabarkan kepada kamu mengenai amalan kamu yang paling baik dan yang paling suci di sisi Allah dan yang meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak (di jalan Allah) dan yang lebih baik daripada menghadapi muruh di tengah-tengah medan jihad, kamu penggal leher mereka dan atau mereka memenggal leher kamu?" Para Sahabat berkata: "Bahkan, apakah itu ya Rasulullah?" Baginda bersabda: "Zikrullah." 

(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan lain-lain)

Abu Sa'd al-Kudri memberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

Berapa ramai orang di dunia ini yang mengingati Allah di atas tilam yang empuk dan kerana itu allah menggangkat darjat mereka ke peringkat paling tinggi dalam syurga.

(Riwayat Muslim)

Dalam menghurai hadis tersebut, Maulana Muhammad Zakaria menulis:

"Sabar di atas penderitaan da kesulitan di dunia merupakan sebab peningkatan darjat di akhirat. Sebanyak mana penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh seseorang di dunia ini kerana  agama maka setinggi itulah darjat yang berhak dia peroleh di akhirat."

Ibnu Qaiyum, seorang ulama hadis yang masyhur, mengarang sebuah kitab khusus tentang kelebihan berzikir yang berjudul al-Waabilussoyyib:
  • Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
  • Zikir menyebabkan Allah redha.
  • Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati.
  • Zikir menguatkan hati dan badan.
  • Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
  • Zikir menarik rezeki.
bersambung ye 

8 comments:

nliyate said...

Assalamualaikum, jemput join contest yg sya anjurkan. ;) http://sumanya-lillah.blogspot.com/2014/01/contest-maulidur-rasul.html

mama_saly said...

Salam Maulidur Rasul..;)

Azlan Strider said...

thanks atas perkongsian ini kak...

Regards,
-Strider-

deno said...

thanks for sharing :)

Nor Salmi said...

Perkongsian yang amat bernilai. Terima kasih Ann

JaSSNaNi said...

terima kasih atas perkongsian dan peringatan.. :)

AnneRaini said...

berazam nak memperbaiki diri supayan xdengki dan iri dgn org lain.

Zainab Mat rani said...

Gd sharing..tqvm
znzabadistore.blogspot.com