Wednesday, January 15, 2014

Raungan Mantera by Serunai Faqir

Satukan zikirmu dengan jiwa
Dan makrifatkanlah ia

Abu Qassim dan Ibn Qasi membantu mereka menjejak dua orang lagi sahabat yang terlebih dulu datang ke alam ghaib untuk menjejak kitab lama yang telah dirampas oleh Mantar. sebuah novel yang menarik dan perlukan penumpuan penuh ketika membacanya. jalan cerita yang banyak mengelirukan pembaca dan pada saya, cerita ini tiada penamat. 

Saya meletakkan novel sebagai sebuah kisah fiksyen fantasi yang mengabungkan ilmu persilatan, unsur mistik dan juga kisah berkisar di alam ghaib. mempunyai dua keadaan yang berbeza dalam novel ini yang memerlukan pembaca peka dengan setiap perubahan watak yang ada.

Novel ini sekarang saya sudah selamat membalutnya. pastikan cuba mengingati setiap watak dalam novel ni ye kerana ada banyak nama yang akan pasti mengelirukan bila membacanya. meh tengok sinopsis di bawah;
 

Kitab itu sudah jatuh ke tangan Namtar! Jin itu kini sangat angkuh dengan kuasa daripada ilmu kitab tersebut. Kerana kuasa kitab itu... makhluk dari alam jin mahu merampasnya daripada Namtar. Marcel dikerah mendapatkan kitab itu. Jika tidak, maut menantinya. Kerana kuasa kitab itu juga... Pakku mahu hak diambil semula sebelum jin menggoncang dunia manusia. Lalu dia mengaturkan hala. Tunku, Nik, Hizal, Suraya, Tengku Fauzi, Meor dan Syed disatukan. Mereka bertujuh bergabung. Istana Namtar harus ditempur, demi kitab warisan Laksamana Amar Diraja. Kala mantera alam ghaib ditentang mantera alam nyata, raungan yang kedengaran amat mengerikan. Dan nyawa... nilainya sudah tidak bermakna. 


3 comments:

Mia Kassim said...

Singgah sabtu.....

fadzli Amir said...

Assalam...best jugak kan,...salah satu hobi yg tak sempat nak buat....!

wantie said...

dah lama tinggal kegemaran membaca ni . tak de masa la pulak.