Tuesday, January 7, 2014

Taktik Kotor Perompak Guna Wanita Baring Atas Jalan

Payah jugak kalau niat murni kita untuk membantu tetapi dijadikan mangsa pulak seperti cerita dekat bawah ni;

Kuala Lumpur: Niat murni seorang lelaki berusia 25 tahun membantu seorang wanita yang terbaring di jalan raya bertukar tragedi apabila dia disamun dalam kejadian di Jalan Raja Laut, di sini, kelmarin.

 Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang menaiki motosikal berhenti untuk membantu selepas melihat seorang wanita terbaring di bahu jalan kerana menyangkakan individu itu terbabit dalam kemalangan.

Menurut sumber, ketika cuba membantu, dua lelaki berusia 30-an menghampirinya sebelum mengeluarkan pisau dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit dianggarkan bernilai lebih RM800.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum terlihat seorang wanita terbaring di bahu jalan di lokasi kejadian.

“Menyangkakan wanita itu terbabit dalam kemalangan, mangsa memberhentikan motosikalnya sebelum menghampiri individu itu untuk melakukan pemeriksaan.

 “Mangsa bagaimanapun dihampiri dua lelaki sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke arah mangsa. Wanita terbabit pula kemudian tiba-tiba bangun,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika itu, baru mangsa menyedari dirinya ditipu sebelum terpaksa menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit miliknya kepada kumpulan terbabit kerana bimbang dicederakan.

“Kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta,” katanya. Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Komen saya, ermmm lepas ni kalau ada yang berlumuran darah, pisau tersusuk di dada malah terbaring tengah jalan sekali pun...jangan nak berhenti la. bukan tak nak membantu tapi payah kita nak declare kejadian tu betul ke tidak kan. buatnya nak tolong tapi kita pulak yang disamunnya. makanya tak payah nak concern sangat la ye...

Kalau ada pempuan tayang peha tepi jalan pun tak payah nak berhenti sangat, entah2 dalam semak dekat2 tu dah menunggu geng2 jemaah nak menyerang. macam2 cara dah sekarang ni jenayah nak berlaku kan, kita yang prihatin pun diambik kesempatan jugak. buatnya ada kecemasan, ada kemungkinan orang tak mo berhenti menolong dah lepas ni...tu baru kes haru. 

Or lepas ni sekiranya nampak kejadian2 macam tu, harus call polis je untuk datang check di tempat kejadian. jangan berhenti sekiranya memandu seorang diri or berdua. kita perlu fikirkan keselamatan diri sendiri dulu. 
 
Kalau nampak kereta seputih camar ni, jangan harap nak berhenti ye di tengah jalan semata nak menolong orang...memang TIDAK dengan saya. biarlah orang kata apa pun, yang pasti saya takut weh

3 comments:

Khai♥Rin : anies said...

ishhh takut nyerrr

NzA said...

skrg ni mcm2 cara digunakan nk dpt duit dgn senang.....

Irfa said...

betul, kerana ramai sgt org jahat sekarang.. nak membantu pun kena fikir byk kali

penah terlibat seorang wanita dgn anak kecil, sy nak benti tumpangkan pun sy takut ada jemaah lain yg kuar dr emak.tp sepanjanh jln sy teringat anak kecil itu.huhu