Wednesday, January 22, 2014

Tukar Gambar Bogel Dan Bertukaran Jilatan!

Antara suratkhabar yang paling syok dibaca setiap pagi adalah Metro ngehngehngeh. kalau rasa ala2 layu pepagi hari, cer baca suratkhabar tu...geranti wa cakap lu, boleh celik mata weh. banyak la cerita yang kadang2 tu tak tercapai dek akal ahkak yang mendalam ni, kisah kehidupan masa kini gamaknya ek. bukan bahan bacaan yang membina minda kiranya tetapi lebih kepada hiburan pada kita sebagai pembaca. tak la dihidangkan dengan berita yang berat2 saja yang tidak pasti kesahihannya lagi dan lebih kepada membelek halaman iklan yang banyak warna warni dalam lain2 suratkhabar.

Bila saya baca pasal satu keratan akhbar ini, membuatkan saya geleng kepala kepada berita ni. nak je rasanya saya tengok gambar2 yang golongan tu berWeChat and Line berkongsi tu kan, teruja weh...kot2 mantap la sangat kan. apa la yang hebat sangat dengan aplikasi WeChat dan Line ni. sampai sekarang saya masih tak mau menggunakan aplikasi WeChat walaupun ada je, tak kuasa eh entah sapa2 umat manusia yang sentiasa mencuba nasib nak berkenalan bagai. sudahnya saya uninstall je aplikasi tu, so annoying.

Ni kisah yang saya dok perkatakan tu, sila baca:

Kuala Lumpur: Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang. 

Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang. 

Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat. 

“Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka. 

“Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang,” katanya ketika ditemui Metro Ahad disini.
     
Dari buat perkara2 terlarang tu, lebih baik la bawak2 pegi makan sate. kalau nak berkongsi gambar sate dengan ahkak pun tak kisah weh, sedap sikit mata ni menjamu kan. boleh rasa kelembutan dagingnya sambil men'jilat' jari (^O^)

7 comments:

Rai Ourkizuna said...

takutnya dengan perkembangan anak2 zaman sekarang ni kak.. lelaki perempuan tak terkecuali..

asyifa mustaffa said...

Alahaiiii...apa la nak jadi bdak2 skrng ni...tpi kena tgk gak paper metro tu...tajuk kemain je...ntah ye tdk gaknya tu....

Iya betul...ratah satay lg sedap ye dok...hehe..m

Zamani Abe said...

sate! bestnyeee

Zamani Abe said...

sate! bestnyeee

Zamani Abe said...

sate! bestnyeee

Cho Zila said...

Jarang beli metro ....
Apa nak jadikan generasi akan datang

Nora Karim said...

Allahuakbar... moga mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar... Memang menakutkan la teknologi sekarang ni... :((