Monday, February 24, 2014

Lelaki parah ditembak dari jarak dekat

KULIM - Seorang lelaki yang membonceng motosikal cedera parah ditembak dari jarak dekat semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat, di Lebuh Raya Kulim-Baling di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa berumur 38 tahun membonceng motosikal yang ditunggang rakan wanitanya dari arah Taman Desa Aman, Sungai Karangan dekat sini menghala ke Lunas.

Semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dengan mengikuti mangsa dari arah belakang tiba-tiba seorang daripadanya melepaskan beberapa das tembakan dipercayai mengenai bahagian rusuk dan dada mangsa.

Akibat tembakan jarak dekat itu, mangsa terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya meninggalkan lokasi kejadian menuju ke arah Lunas dengan sebuah motosikal bernombor pendaftaran PKT 7724.

Chin berkata mangsa yang parah kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan dan sehingga kini masih berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, siasatan awal polis menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian dan pihaknya juga tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu adalah akibat dendam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat melalui talian 012-5551341 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan, katanya
********************************************************************
Dah rasa macam cerita dalam tv pulak, asal sakit hati je tempak, asal dendam je tembak jugak. kadang2 terfikir, adalah keadaan ini bersumber inspirasikan dari cerita2 dalam tv. sekarang ni kan banyak sangat cerita2 gangster. 

Dan yang lebih memuskilkan, dekat mana orang2 awam boleh dapatkan senjata api dengan mudah. rata2 sekarang ni dah banyak sangat kes tembak menembak. yang pakai moto kapchai pun boleh carry gun ko. tak nak la satu hari nanti negara kita pun sama macam negara2 luar yang sewenang2nya menembak orang lain.

Semoga kita semua sentiasa di lingdungi olehNYA.

Perjalanan saya yang nak ke Kulim tempoh hari diteruskan dengan our 2nd pit stop, kali ni untuk lunch time da. 

Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan pemandangan paya bakau. kalau datang sebelah malam, mau ahkak seriau weh, surely gelap gulita kawasan ni. akhirnya sampai kami ke Kg. Tanpa Wayar...hah ko mampu, tanpa wayar tuh. tau tak ada apa dekat kg ni? tentulah ada kedai makan Mak Jah Mee Udang yang pemes emes tu. saja ambik kesempatan datang waktu ni coz tak ramai sangat orang, takat orang2 kampung ni mereka dah tak kisah kot. kalau datang time cuti, aduhaiiiiiiiiiiiiiii lengguh menunggu orang habis makan baru dapat tempat duduk.
 
Ayak tembikai susu fav my laki, masa ni pulak ahkak tekak rasa macam nak pulak merasa air ni erm...musim panas punya penangan rasanya. kedai mak jah ni sentiasa menjadi destinasi tempat makan sekiranya kami ke arah utara. sesaja nak datang makan memang tidak la kan. 
 
Mee udang yang tidak pernah mengecewakan...my anak2 saudara punya choise.
 
Mee goreng udang yang lebih udang dari mee...ini selera my laki
 
wonderfully, fantastically, fabulously, yummily GOOD!!!

Makan dulu mee kasi habis, udang letak tepi. lepas tu jenuh nak perabih udang pulak. my laki hangin coz udang2nya kecik2 je.
 
ini pulak udang2 dari mangkuk makanan saya...besar2
 
Saya tetap berselera dengan nasi, nasi goreng udang. jangan tertipu, yang mengunung tu bukan banyak nasi tapi banyak udang tersembunyi di sebalik nasi.

sangat gembira budak ni dapat makan mee udang, gigih ingatkan takut kami terlepas exit Taiping.
 
Laki ahkak sekarang ni dah semakin badang uolsss

mangsa2 yang telah dikorbankan untuk mengenyangkan perut2 kami yang kelaparan tahap extra dari biasa
 
Lepas makan boleh pulak order cucur udang ni, nampak sedap tapi bila dah kenyang benda sedap pun jadi tak berapa nak up lagi. tapau bawak balik sudahnya.

8 comments:

QasehnyaRania said...

hahaa.bab nasi mmg ia. udng terdembunyik di bawah. hihi..

nmpk segar je udang tu.. besau besau plak tu

tu ka kan.skrg ni mana mana dh x selamat.xda pisau, pistol..haiyak.rasa malaysia pon dh mcm xselamat kan. huhu

munna said...

sedapnya udang2 tu semua.... malaysia kini... Ya Allah.... senangnya nak ambil nyawa org lain

LYAfrina said...

takutnya dgn keadaan skarang..semua tmpat dahx aman n selamat..walhal dirumh sendiri pon kna berjaga-jaga..

Kakzakie said...

Smuggle pistol dan senang ni Ann. Keluar masuk Thailand kan makin rancak itu yg mudah aje dpt.

Jeleslah sebab me Ann besar-besar yg en abe dpt kecik ye hihi... nasiblah ye:)

Kat sana terkenal betul dgn mee udang dia kan.

Kesuma Angsana said...

aduhai skang ni sana sini kes tembak2 aje kan... but menu makanan tu semua sedap 2

wantie said...

hmm... tu la kan kalau translate nama jalan directly dari Bahasa Inggeris. tapi englis call wireless.. kurang wayar la pulak.

kalau org kedah ckp "wayar" tu gila. kang terjadi jalan kurang gila la pulak. adei...hahahaha..


kalau bab mee udang, memang gemorrrrrrrrr

Tihara said...

malaysia aman,
aman la sangat kan,
nak kuo rumah pun rasa terancam,
btw sedapnya nasi goreng udang tu :)

Nurul Farahizzati said...

wow.. mee udang mak jah.. miss it very much!