Thursday, February 20, 2014

Pelajar tidak wajib pakai tudung di sekolah

 
Apa komen uolsss sebagai ibu bapa, adik beradik yang mempunyai anak, adik, sepupu sepapat yang masih bersekolah terutama pelajar perempuan. adakah kenyataan ini begitu relevant di zaman serba kemodenan ini.

Saya di zaman sekolah pun tidak memakai tudung, tudung tu hanya di pakai masa Pendidikan Islam saja itu pun seminggu adalah 2-3 kali je. bersekolah di tempat yang majoriti berbangsa cina menjadi faktor kot masa tu untuk saya tidak memakai tudung. ada seorang dua kawan yang pakai tudung, tapi cukup sekadar waktu sekolah saja...other time than that memang berponny tail sesaja. pengetua waktu sekolah dulu  pun tidak menitik beratkan pelajar perempuan Islam agar memakai tudung ke sekolah. kalau ada student yang tiba2 datang sekolah pakai tudung sedangkan sebelum tu tak pakai pun, sah2 ada benda tersembunyi dalam tudung tu...tau2 je lah zaman saya tu zaman bohsia bohjan fofular sangat.

Susah nak dikatakan macam mana kan, nak lebih2 cakap pun ahli keluarga sendiri pun ada...haru jugak kalau terkena tempias nanti. hope semuanya baik2 belaka, di jauhkan kita semua dari segala pandangan2 yang tidak baik.

Malam tadi bawak anak2 saudara dinner di William Corner, Danau Kota.   

saya panggil ni air caca marba je, nanas + laici = SEDAP :)

main course, makan 4 orang...sangat cukup

kalau dah + desert...naan cheese, tentu lebih dari cukup

6 comments:

Khai♥Rin : anies said...

gile!

Mie said...

Terpulang kepada ibubapa. Seeloknya pakailah. Tapi banyak yang hipokrit, gi skolah pakai tudung, kat rumah pakai suar pendek. Jalan2 kluar pakai baju sendat.

Satu lagi trend sekarang... Pakai tudung tapi T-shirt paras lengan je... camna tu...

wantie said...

saya rasa itu adalah satu peraturan yg memang di tetapkan. di mana peraturan ini kata tak wajib, dalam masa yg sama tak juga melarang.

kalau kementerian ckp wajib, kang bebudak agama lain pun kena pakai tudung jugak.

so, as parent, kalau kita ni beragama islam bagilah anak pakai tudung. bukan sebab peraturan sekolah tapi sebab tuntutan agama..

bak kata UAI, islam kena tutup kepala. tak kisahlah nak tutup ngan apa pun, ngan baldi pun tak pe. asal tudung kepala. tak de pun tetapkan mesti ber scaf, bershawl bagai kan...

Mas Zull said...

assalamualaikum ann...x tahu nak ckp apa lg susah juga ni...;)

sha my heart said...

wah, sedap tu makanannya. lapar la pula. hehe~

QasehnyaRania said...

sbb tu la isteri dan anak perempuan beliau pon tak diwajibkan bertudung..