Monday, March 17, 2014

Mi Kari di kala hujan mula turun

Mari kita sama2 mendoakan akan keselamatan semua penumpang dan kembalikan semula our MH370 dalam keadaan selamat.
********************************

Alhamdulillah, semenjak hujung minggu lepas bumi KL sudah mula disirami hujan selepas sekian lama panas terik membahang sampai rumput kekuningan. kini tido malam pun dah dingin tanpa bantuan aircond, boleh la kurang sikit bill elektrik bulan ni.

Sejak malam ahad yang lepas, dah rasa badan saya ni macam nak demam je. memula tu ingatkan sebab penat sangat whole weekend hari tu dengan wedding my anak buah, tapi hari ni dah rasa kurang sikit. maybe sebab jerebu yang teruk sebelum ni agaknya, sakit tekak segala. hope hujung minggu ni bercuaca dengan baik sekali coz hujung minggu ni adalah majlis bertandang pulak my anak buah...another keja yang banyak menanti.

Rajin sikit hari ni, saya rasa macam nak memasak pulak. sangat lama dah dapur tu tak berpanas tungkunya, jangan tersumbat sudah la. cari bahan2 sebelum balik ke rumah, berhajat nak makan mi rebus malam ni.
Bahan2;
Mi kuning (dicelur)
Air
Santan
Rempah kari daging
Isi ayam
Udang (direbus)
Kerang (direbus)
Fish cake
Fish ball
Daun kari
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Garam

Bahan2 kisar;
Bawang putih
Bawang besar
Halia

Bahan hiasan;
Telur (direbus)
Kacang panjang (direbus dan dipotong pendek)
Sawi (dicelur)
Tauge (dicelur)
Bawang goreng
Daun bawang
Limau kasturi
Cili merah

Cara2nya;
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih sehingga naik bau. masukkan rempah kari dan masak sehingga garing. masukkan air bersama santan serta isi ayam, kerang, udang, fish cake, fish ball dan kacau mesra.

Perasakan dan biarkan kuih mendidih dan pekat. angkat dan hidangkan bersama mi kuning dan juga bahan hiasan.

kenyang dah perut...good nite

8 comments:

sYiRa LoKMaN said...

mi rebus ! yummy ~~

Amanda Suria said...

wah...meriah sungguh mee rebus...bestnya...tumpang amik resepi ye...

azieazah said...

Jujur, Kak Azie tak pernah masak Mee Rebus. Tak pandai la. Agaknya kalu gigih belajar, harus la boleh kot.

Tapi tiap kali teringin, beli kat mamak cendol tu jer. Sedap juga. Tu yang tak belajar belajar sampai sekarang. hehehehe

wantie said...

sedapnya.. kalau time hujan ni makan apa pun sedap...

owh mee kuah. tetiba teringat hasrat tak kesampaian nak makan mee rebus melaka. huhuhuhuhu

Khai♥Rin : anies said...

tumpang lalu...eh tumpang semangkok ;-)

QasehnyaRania said...

nasib baru lepas buat beberapa minggu lepas.teringin nak makn.hihi
nway thanks dear kongsi resepi

QasehnyaRania said...

nasib baru lepas buat beberapa minggu lepas.teringin nak makn.hihi
nway thanks dear kongsi resepi

Jajas said...

nak suruh bini buat mcm ni jgk la...hehe