Saturday, March 29, 2014

Singgang Daging teringin!!!

Hujung minggu yang sudah tidak busy, tidak sama seperti minggu2 sebelum ini yang lebih memerlukan banyak masa di rumah my sista untuk persiapan perkahwinan anak buah saya. masih belum lalu lagi nak buat entry pasal majlis perkahwinan tu tapi pasti akan menyusul jugak nanti. cuma yang pasti lambat dan tau tau bila bulan dan tahun nak keluarnya nanti.

Terasa macam nak makan benda2 yang masam2 je hari ni, terasa2 tekak ni nak menghirup kuah singgang, masam2 pedas di hari panas hari ni. godek2 dalam ais gobok, jumpa daging...makanya hari ni hidangan istimewa saya untuk my laki, Singgang Daging. 
 
Bahan2
Daging lembu
Lengkuas - dikisar
Halia - dikisar
Bawang merah - dikisar
Bawang putih - dikisar
Ketumbar - dikisar
Asam keping or air asam jawa
Garam

Cara2
Masukkan semua bahan2 tu dalam periuk dan panaskan bersama2 air. biarkan sehingga daging empuk. tutup air dan bolehlah hidangkan. 
 
Sangat simple cara penyediaannya kan. kalau nak pedas, saya lebih suka letak cili ketuk sikit semasa menghidang dan perah asam limau lagi. saya jugak menyediakan sayur campur goreng, ikan terubuk masin dengan cencaluk...ambik semuanya menu masam2 sesaja. inilah makanan dari lunch bawak ke dinner hari ni. how about uolsss pulak (^0^)

7 comments:

Syira Lokman said...

selamat malam :) nampak sedap semuanyaaa :)

Unknown said...

sedapnya singgang.. saya suka ikan singgang.. pedas masam masam.. makan dengan nasi panas...

emarieys said...

dah lama tak buat singgang daging

wantie said...

saya balik kampung.. makan kat umah mertua sangat sangat heaven... mcm mcm di telan. hahaha...

my hubby lebih suka sup daging berbanding singgang.. tapi saya suka sangat singgang daging ni...

kalau buat saya ngan anak anak je makan.

NzA said...

suami akak pn peminat singgang w.pn dia org johor tapi akak org kelantan xminat pulak...terbalik sudahhhh.....

Unknown said...

xpernah mkn lg singgang daging... tapi ikan terubuk tu memang nmpak myelerakan..mkn dengan nasi panas2 perghhhhhh

Suria Amanda said...

senangnya nak buat......nanti SA cuba eh..