Wednesday, April 9, 2014

Anak bunuh ibu kerana enggan beli telephone pintar

MIRI: Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam anaknya petang tadi. 

Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee, berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada 3 petang. 

Beliau berkata, polis turut menemui pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu yang bertugas sebagai guru tuisyen, di dalam kereta itu. 

"Polis menganggap kes bunuh ini selesai...pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi berpunca daripada masalah keluarga," katanya di sini, hari ini. 

Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi BERNAMA difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu.
**********************************************************************************
Begitu besar pengaruh telephone pintar ni, sehingga sanggup berbunuhan demi nak memilikinya. kesian nasib seorang ibu tapi kesian lagi nasib anak itu...kenapa la kejam sangat. dalam zaman serba pintar sekarang ni masih ada jugak lagi yang berfikiran kurang pintar...ambik pendekatan singkat semata. dengan berbunuhan boleh dapat ke telephone tu, tak jugak kan...dapat lain adalah. 

Pada pandangan saya, tidak semata kerana telephone pintar. maybe adalah masalah lain ni yang lebih daripada masalah beli telephone pintar tu sendiri. keadaan sekarang sangat menakutkan, bila difikirkan balik...berdamping dengan keluarga sendiri pun dah tak selamat. 

jemput tengok, malam ni dinner make ayam wehhh (*=*)

3 comments:

Bahrain Ramlan said...

sampai macam tu sekali sanggup membunuh..aigoo..
adarain.com

wantie said...

telephone tu smart sangat. that why si anak sanggup membunuh maknya. hish... sampai cenggitu sekali yer.

malaysiatercinta.com said...

Suratkhabar biasanya bukan betul sangat beritanya.