Monday, April 14, 2014

Brownies Kukus Lapis Cheese

Hujung minggu lepas kan saya free, duduk di rumah tak keluar langsung. 2 hari engine kereta tak start, asyik start engine perut je bila di rumah. idea nak memasak tu asyik datang dalam pelbagai bentuk, dari lauk pauk terus ke manisan pulak. dah lama tak mengasah bakat membaking, takut lupa apa salahnya mereward diri sendiri dengan air tangan sendiri jugak...lebih berkat kan. 

Brownies Kukus Lapis Cheese in the house semalam, sangat sesuai untuk hidangan pada tetamu yang datang bertandang di rumah. sangat mudah cara menyediakannya, seperti biasa resepi ada di bawah...
 
Bahan choc brownies
500gm tepung brownies
200gm telur
200gm air
5gm baking powder
5gm soda bikarbonat
75gm minyak jagung

Cara2
Campurkan ke semua bahan2 kecuali minyak jagung. putar sehingga kembang. masukkan minyak perlahan2 dan pukul hingga kembang. bahagikan kepada 2 bahagian.

Kukus 1 bahagian selama 10 mins. selepas masak lapiskan dengan adunan cream cheese. kukus selama 10 mins lagi. selepas masak, lapiskan adunan choc brownies lagi dan kukus selama 10 mins.

Bahan cream cheese
250gm cream cheese
60gm caster sugar
60gm butter
1 biji telur
20gm tepung gandum

Cara2 
Pukul cream cheese, butter dan gula sehingga kembang. masukkan tepung dan putar hingga sebati. masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.

Topping choc
300gm coklat masakan
120ml whipping cream
1 sudu besar marjerin

Cara2
Cairkan semua bahan di atas menggunakan kaedah double boiler. kacau sehingga likat dan licin dan biarkan ia suam2. selepas itu tuangkan choc ke atas permukaan brownies dan biarkan choc tadi meleleh secara semula jadi. biarkan choc mengeras sedikit dan kemudian hiaskan dengan strawberry dan choc parut.
 
Inilah hasilnya, hiasan simple je
 
Menjadi hidangan minum petang paling best (@_#)

9 comments:

Syira Lokman said...

hye..syira datang jenguk tuan blog..lama tak tegur..hehe
:) jemput singgah blog syira, akan ada GA APRIL hari ini..tunggu ^_^

Mimy Hamid said...

HUWAA MCM BEST JE..ADA LEBIH TAK NAK NAK NAK

Zai Zamree said...

minum petang mcm dok kt secret recepi tu

Zam said...

bestnya cooklattt

Salmi said...

Amboi, bestnya!
Tetiba perut rasa lapar.

QasehnyaRania said...

sedapnya.
cntik.deko akak buat.buat i tertarik u :)
puas hati dpt mkn berulang kali kan.hihi

.:fyzz:. said...

tgk pun tau kesedapannya..

Siti Asiah said...

kecur liur tgok kek tu, leh amik tempahan ni...cantik sangat deco kek tu. cam profesional jerk...;)

wantie said...

Suka sangat dengan brownis. Sedap....klu mkn ni terus lupa diet