Tuesday, April 8, 2014

Selsun Blue - Dandruff Treatment Shampoo

Kalau ada sapa2 yang mempunyai masalah dandruff dan rambut gugur macam saya, meh saya nak promote ini shampoo yang bagus untuk masalah2 seperti tu...Selsun Blue. dah macam2 jenis jenama shampoo dok balun sebelum ni tapi tak jugak berjaya menyelesaikan masalah kronik saya ni. street ko bila tengok ada je rambut gugur dekat lantai rumah setiap hari. kot buatnya gugur sehelai tumbuh 10 helai okay jugak kan tapi sebaliknya yang berlaku. mencuba dan terus mencuba segala jenis shampoo sehinggalah saya bertemu dengan Selsun Blue ni. 

Shampoo ni boleh didapati di Watson dan Guardian dengan harga yang agak boleh tahan la mahalnya. saya dulu berkira2 jugak nak  beli, dah la mahal buatnya tak sesuai tak ke membazir kan. takkan pulak nak mandikan kucing saya guna shampoo ni, tak patut tak patut. botol shampoo ni pun tak besar sangat ye, 200ml je.

Apa yang membuatkan saya suka sangat dengan shampoo ni, of course pada baunya yang wangi. saya memang suka shampoo yang ada unsur bau medicated ni. dan yang paling penting, saya tidak perlu bershampoo setiap hari, cukup sekadar mencuci rambut 2 hari sekali. sekarang ni air pun kena catu 2 hari baru ada air kan...haaaaa cocok la tu jadualnya.
   
Inilah rupa bentuk sifatnya, memang tak glamour sungguh...sekali tengok dah macam botol nila baju je, cecair shampoo tu pun warna biru jugak. tapi keberkesanannya tak dapat di sangkal. dah almost a year saya menggunakan shampoo ini, tu yang berani nak kata sesuai dekat rambut sendiri, rambut uolsss semua kena cuba dulu. sekiranya ada masalah macam rambut saya, saya cadangkan guna shampoo ini. 

Kesan selepas menggunakan shampoo ni secara berterusan, rambut saya dah kurang or almost takde lagi rambut bercabang. dulu pantang panjang sikit, mesti dah start bercabang 2-3 tu. rambut gugur juga sudah berkurangan, tapi tak la sampai takde rambut gugur langsung. ada jugak tapi tak seksa mata nak tengok kutip rambut di lantai dan dalam bilik air. 

Handle with care ye, baca dulu instruction sebelum mengunakannya. diingatkan sekali lagi, shampoo ini tidak boleh digunakan setiap hari...hanya 2-3 kali seminggu sahaja. in between tu boleh la guna shampoo lain seperti saya jugak. setiap hari jogging pegi gym zumba, kulit kepala cepat mengeluarkan minyak dan peluh...kena basuh rambut setiap hari gamaknya.

Tak kira kita seorang yang memakai tudung atau tidak, rambut tetap merupakan mahkota bagi seorang perempuan. makanya penjagaan rambut adalah amat penting sekali.  

6 comments:

Sue Bee said...

a-ah..sekali tengok mmg cun mcm botol detergent/pencuci lantai..btw..selamat pagi :)

Cho Zila said...

ooo betoiler cakap Sue Bee cam botol detergentler...
ooo berkesan .. nak kena cuba mana tau berkesan lak ngan akak...

anis abdullah said...

aku alhamdulillah takde kelumumur. dulu ada puas juga mencuba pelbagai shampoo. la ni rambut aku pendek gila so nak gugur tu susahla.

Kesuma Angsana said...

wah bagus ni yer, boleh lah cuba !

wantie said...

nak kena try ni. kelumumur ni memang harus di hapuskan. adei.. tetiba gatalk lak kepala ni.

Siti Asiah said...

sekali je cube pastu xguna dah.mcm ok sbb rbut kurang dh kat sikat...:)