Monday, April 28, 2014

Teruja nak makan Ayam Golek Nara

Monday blues yang hening je, takde sangat mood tapi masih boleh menahan hati dari nak melenting menjeling mata. takpe, sesungguhnya kesabaran tu mahal nilainya...tak nak tergadai sesuatu yang mahal hanya kerana sesuatu yang 'murah'. 

Untuk mengubat hati bengkak dek kerana sikap manusia2 'kurang' ni, saya bawak pegi dapatkan ubat mujarab lagi berkesan. sungguh hujan + jammed tapi tak la menggila sawan kinzir sangat, sampai la juga saya di Ayam Golek Nara, Pantai Dalam. 
 
Kalau ikutkan boleh je saya habiskan sekor ayam ni, sedap tau...terasa segala rempah ratus dalam daging ayam tu termasuk tulangnya sekali. dagingnya yang lembut, juicy...erm sangat terpikat. my laki suka makan dengan sos tu tapi saya lebih suka makan begitu saja. macam mana agaknya diorang boleh marinate ayam2 ni ek, boleh dikatakan perfect marinate.
 
Menu wajib order kalau ada, kerabu mangga. hidangan standard biasa kedai makan tepi jalan tapi rasa tidak pernah menghampakan.
 
Sayur campur untuk orang yang kuat makan sayur macam saya dan my laki. oh ye, last sekali saya datang makan dekat kedai ni lokasinya masih di tempat yang lama tapi sekarang lokasinya sudah berubah. dekat2 dengan stesen KTM Pantai Dalam, nak citer detail payah sikit tapi kalau uolsss biasa area Pantai Dalam mesti tau kan KTM tu dekat mana. tempat baru ni rasa senang sikit nak parking berbanding tempat lama yang kena parking tepi2 jalan je.

4 comments:

Amanda Suria said...

alahaiiii...tempting nyer la plak ayam dara tuh...terliur dibueknyo....

Kesuma Angsana said...

tengol pic2 dah tau sedap bangat ni !

Myra Jay said...

Fuhh!! menu2 yg membangkitkan selera..
Ayam tu pun nampak menarik :D

mrs adam said...

peh semua nmpk sedap2.terus lapar.huhu