Saturday, April 5, 2014

Ungu Karmila by Ramlee Awang Murshid

...ia makan untuk hidup
tetapi tidak pernah minum

Sebuah kisah misteri yang berjaya membawa saya lebih teruja untuk mengetahui setiap bait penulisan dari mula sehingga akhir. keterujaan untuk mengetahui kisah demi kisah yang akan bakal berlaku ke atas kehilangan dan setiap penemuan watak dalam novel ini.

Penulis juga berjaya membawa watak2 dalam novel ini seperti hidup di alam maya dan berjaya 'menipu' saya sebagai pembaca bila mana salah satu watak dalam novel ini sebenarnya sudah mati tetapi saya tetap merasakan watak tersebut masih hidup akibat halusinasi yang tercipta. kisah yang mengaitkan tentang kisah misteri yang lebih kepada unsur2 mistik dan gabungan kajian sains berjaya diolah dengan baik sekali.

Sangat2 suka membaca novel ini, 1000x tahniah kepada penulis Ramlee Awang Murshid. walaupun membaca berkali2 tapi tetap merasai keterujaan untuk mengetahui kisah demi kisah yang akan berlaku.
  
Tajuk Buku : Ungu Karmila
Bilangan Mukasurat : 511 
Arif dan Karmila pasangan suami isteri yang berpindah ke rumah baru mereka, Vila Sunyi sebuah banglo di Puncak Rimba, Cameron Highland. Vila Sunyi adalah hadiah Arif buat isterinya Karmila yang sangat dicintai sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Misteri muncul dan mula berlaku apabila Arif mula menunjukkan sikap yang menakutkan isterinya dan orang gaji mereka - Jainab.

Perlakuan Arif mencurigakan dan memberikan kesedihan kepada Karmila. Satu malapetaka berlaku apabila mayat mereka bertiga ditemui oleh Tok Batin, ketua suku kaum orang Asli yang berhampiran datang ke rumah mereka untuk berdamai dengan Arif kerana perselisihan faham mereka berkenaan dengan spesis bunga liar yang diambil oleh Arif daripada 'kawasan larangan' di dalam hutan yang berdekatan.

Sejak malapetaka tersebut, kejadian demi kejadian misteri berlaku bermula dengan kematian Jikon, seorang pemuda orang Asli, abang kepada Ema yang bekerja sebagai pakar bioteknologi di UPM Serdang berkelulusan sarjana dari UKM. Ema difahamkan oleh ayahnya bahawa Jikon telah mati akibat puaka Vila Sunyi. Namun sebagai seorang yang berpendidikan, Ema tidak mempercayai cerita tersebut dan mengambil langkah membuat penyiasatan sendiri ke atas Vila Sunyi.

Pada masa yang sama juga, Arafat abang kepada Arif mengupah sekumpulan penyiasat untuk pergi ke Vila Sunyi dengan tujuan membuktikan bahawa Arif tidak membunuh Karmila dan Jainab. Apa yang terjadi semasa penyiasatan tersebut amat mendukacitakan dan mengerikan kerana seorang demi seorang daripada mereka mati kecuali Dino yang berjaya melarikan diri ke hutan. Ema yang juga kebetulan berada di dalam Vila Sunyi ketika itu turut menjadi mangsa.

Dr. Ismadi, rakan sekerja Ema mula membuat penyiasatan ke atas kejadian tersebut dan hasil siasatan menunjukkan bahawa misteri Vila Sunyi bukanlah kerana puaka tetapi sebenarnya berpunca daripada Ungu Karmila - bunga kacukan yang dihasilkan oleh Arif.

3 comments:

Tie HT said...

novel RAMmemang best2 kan :)

Jahirah said...

genre novel dia lain dr yg lain...tp mmg best...cubit libres,digi..:)

Deq's Qienz said...

sy tgh sibuk nak abeskan crita sunan ka..mmg ketingalan kot..huhuu