Saturday, May 31, 2014

Ayam Perap Berempah

Bila rasa seperti hendak makan nasi tapi tak tau nak masak lauk apa, sudah pasti lauk pilihan utama saya adalah ayam goreng. my laki pun laju je menyuap ;p

Kali ni saya sediakan ayam perap berempah pulak.
 
Bahan-bahan:
Ayam 
Bawang putih (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Serai (dikisar)
Jintan halus (dikisar)
Serbuk lada hitam
Daun bawang (dihiris)
Daun kunyit (dihiris)
Garam dan gula
Minyak masak
Minyak bijan
Daun pandan (diikat)

Cara-cara:

Ayam dipotong ikut suka dan bersihkan. masukkan bahan2 dikisar tadi ke dalam mangkuk besar. kemudian masukkan daun pandan, daun kunyit, minyak bijan serbuk lada hitam dan perasakan dengan garam gula. selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. perap ayam minimum 30 min, saya perap semalaman.

Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak. boleh hidangkan dengan nasi panas or nasi lemak.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka ni Ann. Kalau makan dgn nasi lemak dan sambal tumis aje pun dah sedap!

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnya.. mnyelerakan =)

aziazib said...

sedap nampak. makan simple simple mcm ni time panas memang membangkitkan selera..

wantie said...

wow..kena ambik resipi ni dan try.