Saturday, May 24, 2014

Daging Berlada

Asalnya nak buat daging dendeng berlada tapi tak pandai pulak, maka jadilah Daging Berlada saja. terus resepi je ye, kalut nak cerita panjang di pagi Sabtu ni.
 
Bahan2
1. Daging lembu
2. Cili padi (dikisar)
3. Halia (dikisar)
4. Belacan (dikisar)
5. Bawang putih (dikisar)
6. Cili merah (dikisar)
7. Cili hijau (dikisar)
8. Serai (dikisar)
9. Bawang merah (dikisar)
10. Bawang besar (dipotong bulat)
11. Sos tiram
12. Garam dan gula
13. Daun limau purut
14. Serbuk kunyit
15. Air
16. Minyak masak
 
Cara2
1. Daging lembu direbus dahulu selama 20 minit dan kemudian hiris nipis.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan sedikit air, sos tiram, daun limau purut, bawang besar, daging, serbuk kunyit dan garam/gula secukup rasa. kacau sehingga masak dan kering.
4. Hidangkan dengan nasi panas2, sedap wa cakap lu ;P
  
Tahap kepedasan ikut selera tekak masing2 ye. saya ni tak berapa sangat makanan pedas tapi nak jugak la yang pedas (^_^)

2 comments:

Tihara said...

wah sedapnya, ni kalau raya memang sedap makan2 :)

MaMa MuRsYiD said...

Sodapnyaaa.. Saya suke pedassss