Wednesday, May 28, 2014

Kisahnya...

Ini adalah kisah si polan dengan si polan sorang lagi yang ada kena mengena jugak tempias air liur mercik dekat tangan saya. biasalah air liur kan busuk...maka busuk la jadinya. curahan hati di pagi hari ni dekat 'muka buku'. rasa tak percaya pulak, macam mana tangan ni cepat je nak tertype dekat update box tu. for 1st update ever, lebih kepada pesanan harapnya bukan luahan perasaan semata.

Quote

"Semoga hari ini dan besok menjadi lebih baik dari semalam.

Sesungguhnya semalam banyak hickupnya tapi syukur kerana itu mengajar diri untuk mengenali keperibadian seseorang moleh or tidaknya.

Tahap kesabaran manusia juga ada hadnya bahkan had itu sendiri bergantung pada setiap individu. So paham2 bila kenapa setiap individu mencapai tahap max yang memaksa berlakunya tindakan luar kawalan. Bak kata orang dolu2 la, "sarang tebuan jangan diusik, nanti kena sengat tak tertahan bisanya".

Wahai sahabat, semoga hati kalian seceria sinar mentari yang memancar di pagi hari..."

Unquote

Apa2 pun hubungan dengan rakan yang paling rapat dengan kita adalah lebih baik dari rakan2 yang tak berapa nak touching dengan kita. kita pun susah nak berkongsi cerita duka, kalau suka rela je nak tadah telinga kan.

Diibaratkan sebagai kopi la, kalau O tentu ada gulanya baru sedap. kalau bersusu, tentu ada susunya baru lemak berkrim disukai ramai. masing2 saling memerlukan. cer kopi campur dengan sirap limau...cer buat cer buat!!!

Tak salah jugak kalau kita cuba melindungi kawan kita dari ditimpa musibah atas sebab disengajakan atau pun tidak. takde sapa yang suka di timpa kesusahan kan, unleast la kalau memang suka cari pasal.

Sama jugak dengan pergaulan dengan orang sekeliling, jangan la memuncung je sampai tahap diva sangat. setiap insan ada caranya, ada adapnya kalau nak bergaul...junior ada caranya senior jugak harus ada santunnya. jangan main belasah secukup rasa. dalam keluarga jugak macam tu. pendek kata setiap pergaulan tak kira dengan sapa pasti ada caranya yang tersendiri. lebih banyak bergaul lebih menjadikan kita peka dengan setiap tingkah seseorang.

Kurang atau banyak pengalaman bergantung kepada kepekaan seseorang. ada yang di dalam kepompongnya sendiri, seolah2 itu adalah dunianya tanpa mahu meneroka lebih luas. tapi tak mengapa sekiranya itu dirasakan lebih selamat untuknya tanpa menganggu sekeliling. 

Ini yang jenis dahlah bergaul ada kastanya walaupun kasta sendiri pun tak la sampai darjah maharani tapi masih keBODOHan tu terlihat jelas. tentu saja senang untuk menilai keperibadian seseorang tu. sekarang umur tak boleh dijadikan kayu pembaris pada tahap pergaulan percakapan perbuatan tingkah laku seseorang. bukannya sama macam budak2 lagi bila tak dapat gula2 merajuk sampai tak nak makan nasi.

Ada akal gunakan la. bila lagi nak tau yang otak tu sedang berhubung atau tidak...

Hahhhh ambik ko, tapi yang pasti tidak kena mengena antara yang masih hidup ataupun yang telah tiada. mereka2 diatas ini masih lagi yang terclose dengan saya. i miss them soooo much.

Tengah plan untuk ketemu tapi mesti kena cari waktu sesuai...masing2 ada aturan yang perlu dirancang. tak boleh main serbu sesuka (*_*)

3 comments:

Kakzakie said...

Begitulah Ann tak semua boleh tangkap muat. Ibarat pakai kasut sebelah tumit tinggi sebelah pakai selipar boleh aje tapi nampak lain macam kan...

Tihara said...

susah nak cari kawan sejati
macam akak kan, kawan yang sangat memahami dah meninggal dunia..
dia lah kawan yang mengaku bahawa akak ni kawan dia dunia dan akhirat..dia tak pernah sakitkan hati akak..
harap dapat jumpa dia di sana nanti

Siti Fatimah said...

bagi akak kawan sejati hanya kawan masa kecik kecik dulu je. bila dah dewasa ni memang susah nak cari yg susah dan senang bersama..