Sunday, May 4, 2014

Novel "Perempuan Nan Bercinta" disahkan HARAM

Hari ni hari terakhir Pesta Buku peringkat Antarabangsa yang berlangsung di PWTC. sempat saya pegi sana petang tadi dan berjaya membeli beberapa buah buku lagi untuk tambahan koleksi bahan bacaan. 

Pernah dengar novel "Perempuan Nan Bercinta". saya pernah dengar berkenaan novel ni masa isu halal haram untuk membacanya. teruja jugak untuk membacanya tapi sayang saya tak dapat jumpa novel ni. tak sangka, pemimpin kita pun suka membaca novel ye...terutanya novel yang berbahasa malaysia. 

Katanya novel berkenaan ada mengandungi unsur2 bacaan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam. ermmmm makin diharamkan dah tentu makin teruja kita untuk membacanya ye dak. hai la, ingatkan makanan je ada halal haram, rupanya bahan bacaan jugak tak terkecuali ye.

Walaupun begitu, saya suka jugak membaca karya2 penulis novel "Perempuan Nan Bercinta" ni iaitu Faisal Tehrani seperti Tiga Kali Seminggu. pada saya jangan terlalu terikut2 dengan apa yang diceritakan dalam novel, membaca dan berfikir adalah yang lebih baik dari baca 'kosong' je kan. mujur je masa pesta buku tadi saya tak jumpa novel tu, kalau tidak harus dah beli sekarang ni. 

Hasil penulisannya yang agak berat membuatkan keterujaan untuk membaca lebih dan lebih lagi. so far saya memang suka penulis ni. apa2 pun ini antara artikel yang diperkatakan;


 
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan pengharaman sebuah buku yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak pada 2012.

Novel Perempuan Nan Bercinta karangan novelis Faisal Tehrani yang sebelum ini diharamkan Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim), didakwa mempunyai unsur Syiah.

Pewartaan itu dibuat pada 22 April lalu di bawah subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana KDN berpendapat novel terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia itu (ITNM) itu "mungkin memudaratkan ketenteraman awam".

Ketika dihubungi petang ini, Faisal berkata beliau berterima kasih kepada kementerian dan "mendambakan" status terbarunya itu kerana akan dikenang sebagai seniman dan pemikir tertindas.

"Terima kasih mengangkat saya dari makam caci maki ke makam haram.

"Ini status dambaan, kerana karya saya ini senasib dengan karya George Orwell, John Milton, Voltaire, Pra dan Solzhennitsyn," katanya.

Faisal turut menyindir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa pemimpin itu akan diingati dan dikenang dalam sejarah sebagai kerana mengharamkan buku.

'Pemikir tertindas'

"Saya akan dikenang sebagai seniman dan pemikir tertindas," kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Faizal Musa.

Pada 6 Julai 2012, tiga hari selepas dilancarkan oleh Najib, Jakim dilaporkan  membincangkan kewajaran mengambil tindakan mengharamkan novel Perempuan Nan Bercinta yang dikaitkan dengan fahaman Syiah.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui karya pengarang terkenal itu sedang dipertimbangkan untuk diharamkan jabatan itu pada November 2013.

Novel itu merupakan novel kedua Faisal yang diharamkan selepas Sebongkah Batu di Kuala Berangpada 2011, yang dipercayai novel tempatan pertama diharamkan selepas merdeka di negara ini.

Perempuan Nan Bercinta mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.

Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.

Selepas terjah pesta buku di PWTC, saya lenjan ke Aeon AU2 pulak...coffee time kata my laki. okay turutkan aja.
 
Memang saya pun nak coffee jugak selepas penat dari Melaka terus ke PWTC dan selepas tu ke AU2 pulak.

Bersebab jugak sebenarnya datang ke AU2 ni, saya nak membeli barang2 untuk rumah yang dah lama tak berganti tu. time to reward my house pulak la lepas penat bekerja hari2 kan. dah katanya rumah ku syurga ku...tak gitu uolsss (^_^)

2 comments:

Kesuma Angsana said...

tak sempat baca lagi buku ni !

Bitt (double IS) said...

owhhh baru tahu jugak...buku pon ada halal haram ye...yg halal kena ambik air sembhyg dulu ka? opsss