Tuesday, May 6, 2014

Pelacur diskaun RM15 sempena Hari Pekerja

Seremban: Kegiatan sebuah hotel bajet berhampiran Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini, yang menawarkan potongan RM15 bagi pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat pelacur sempena cuti Harian Pekerja, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, semalam.

Hotel tiga tingkat itu diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, jam 2.30 petang.

Jurucakap polis berkata, 12 pelacur tempatan berusia antara 23 hingga 50-an dan sembilan pelanggan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penawaran seks.

Beliau berkata, hotel yang beroperasi lebih 10 tahun itu menyasarkan cuti umum sempena Hari Pekerja bagi menarik lebih ramai pelanggan dengan memberikan potongan RM15.

“Risikan dijalankan mendapati, pemilik menyediakan khidmat pelacur dengan bayaran antara RM30 hingga RM50 mengikut usia.

“Bagaimanapun, sempena Hari Pekerja, mereka memberikan potongan sehingga RM15 kepada setiap pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat pelacur,” katanya.

Menurutnya, hasil serbuan itu, 12 pelacur tempatan dan sembilan pelanggan membabitkan dua lelaki tempatan, manakala selebihnya warga Indonesia serta Bangladesh.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 60-an dipercayai penjaga premis.

Sementara itu, wartawan berkesempatan menemubual pelacur tempatan dikenali Shida, 23, dari sebuah FELDA di Pahang yang kononnya dibayar gaji RM600 sebulan.

Katanya, dia tiada pilihan melainkan bekerja di premis pelacuran berikutan tidak mendapat pekerjaan lain.

Ketika pemeriksaan, seorang lelaki berusia 50-an yang juga pelanggan merayu supaya dibebaskan dengan memberi alasan anaknya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
 
#############################################
 
Alahai kalau setakat gaji RM600 sampai sanggup menggadai bodi memang payah la dek. baik keja dekat kilang ke, lagi banyak kot gajinya + berganda2 kalau ada OT. kalau itu juga dikategorikan sebagai pekerjaan, kenapa nak bagi diskaun...baik mintak triple payment je, keje on public holiday tu ;p
 
Macam2 ragam manusia sekarang ni kan, cuma kita tak pasti punca mereka menjadi begitu. kita diberi akal untuk berfikir baik dan buruk sesuatu perkara atau setiap perbuatan yang kita lakukan. tepuk dada tanya IMAN, ibarat katanya.
 
Hari ni rasa manis sangat coz my office buddy bawak puding raja untuk santapan kawan2. 1st time saya makan manisan ni, sedapnya sangat. rasa macam nak mintak 2-3 bekas lagi makan sorang2. siap masuk dalam bekas untuk sorang satu tu.

Anyway thanks to my friend kerana sudi sediakan sesuai yang manis2 untuk hari yang manis jugak (^_^)

7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia..siap offer

eh..sedapnya tgk puding tu.. tkde resepi ke kak? huhu

Tihara said...

Ya Allah
banyak lagi kerja lain yang halal
moga diberi hidayah

sedapnya puding diraja

gadisBunga™ said...

hmmm...

*

puding tu nampak sedap. dua tiga kali ngap pun boleh abis tuh!

Kakzakie said...

Jenayah yg tak habis-habis..

Puding raja kakak tak pernah rasa tau Ann. Selalu nampak kat blog aje..

AnneRaini said...

murahnye gaji 600...selalunya pelacur ni jadi pelacur sbb lumayan..huhu

dah lama teringin puding raja. mana nak cari ye..

Kesuma Angsana said...

mcm2 hal lah skang ni kan !

Aqilah Azmi said...

Kyaaaa
Dapnye puding tu heee

Hm sekarang Makin cheap cheap gitu.
Sedih kan....

Haih. Betul2
Public kan? Hehehe

P/s: Hiiii. Qila singgah ni dari segmen kak Mialiana ni heee :D

Jom blogwalking jom hihihi♥♥