Tuesday, May 20, 2014

Pencarian steak

Teringin nak makan steak, lama dah tak makan daging grill yang ermmm sedapnya...kalau la dapat makan steak dekat Tony Romas tu kan best. tapi maklumlah kalau dah tengah2 bulan ni, budget pun terhad...takkan nak spending for that expensive meal kan. oh nehi2, cari alternative lain untuk menikmati steak yang sedap dan mampu bayar saja untuk masa ni ;P

Jauh saya berjalan for dinner tadi semata untuk nak makan steak sampai ke Bangi. banyak review yang mengatakan resto ni menyediakan steak yang sedap. nak tahu resto apa, inilah dia D'One Steak Restaurant @ Bandar Baru Bangi
 
Ada banyak pilihan makanan di dalam menu resto ni. untuk minuman, saya pilih Asam Boi sejuk RM2 dan my laki Teh Tarik RM2. murah kan dengan perbezaan size cawan yang ketara. boleh sangat kalau nak share untuk 2 orang minum.

 Mixed Steak RM15.50

Spare Rib Steak RM18.50

So far pada pendapat saya, resto yang bersih dan tersusun. meja cepat dibersihkan sebaik saja customer bangun. harga makanan pulak memang amat berpatutan, boleh la kalau berniat nak makan steak every day ;P. makanan yang dihidangkan enak, untuk 2 menu tu aje la...yang lain saya tak rasa lagi. service adalah standard cepat jugak walaupun penuh dengan customer. overall untuk tempat makan ini adalah memuaskan, boleh la datang lagi kalau nak merasa steak yang sedap dengan harga mampu makan (*_*)

Oh lupa pulak, nak address ek...

D'ONE STEAK HOUSE
NO.1, JLN 6/7B, SEKSYEN 8
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR
(sebelah TM Point)

4 comments:

MaMa MuRsYiD said...

Mcm sedap jer

msredcheesecake said...

sedapnya...lama dah tak makan steak...

Ema Johari said...

peminat steak ada kat rumah ni..bolehlah ajak datang ke sini.

Tihara said...

harga nya lebih kurang macam di pakboh recipe kuala lipis..affordable price kan..adui jauhnya nak pi bangi :)