Friday, May 9, 2014

Penyokong JDT buat hal lagi

Johor Bahru: Kekecohan dicetuskan segelintir penyokong tuan rumah menyebabkan kira-kira 100 penyokong dan juga pemain Pahang tidak dapat keluar dari Stadium Tan Sri Hassan Yunus sebaik perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang, di sini berakhir sebentar tadi.

Tindakan provokasi segelintir penyokong termasuk menghambur kata-kata kesat menyebabkan situasi bertukar tegang dan memaksa pasukan keselamatan daripada Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan mengambil langkah berjaga-jaga.Sehingga 12.20 tengah malam tadi, penyokong masih enggan bersurai walaupun dinasihatkan pihak keselamatan.

Kekecohan dipercayai berpunca daripada insiden kekasaran ke atas pasukan JDT sewaktu Liga Super di Kuantan sebelum ini.

Pihak polis dilihat menemui wakil penyokong tempatan, seorang lelaki awal 40-an yang sebelum itu lantang bersuara termasuk menuntut pemain Pahang menuntut maaf di atas apa yang terjadi dan pertemuan tertutup antara lelaki itu serta wakil pemain Pahang diaturkan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintendan Abd Samad Salleh.

Sewaktu wakil Elephant Army yang memperkenalkan diri sebagai Angah memohon maaf daripada rakyat dan penyokong Johor selain berjanji tidak akan berlaku kekasaran terhadap penyokong Johor, keadaan tiba kecoh apabila polis mula menangkap orang ramai yang sejak tadi berkumpul.

Bagaimanapun, Abd Samad berkata, pihaknya berjaya menyuraikan penyokong JDT hampir dua jam selepas tamat perlawanan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada terdapat sebarang tangkapan.

Sejurus selepas semua penyokong JDT bersurai, pemain serta penyokong Pahang dilihat meninggalkan stadium.

Pahang membawa pulang bekal kelebihan jaringan di tempat lawan apabila mengikat JDT 1-1 di sini, dalam saingan malam tadi.
 
**************************************
 
Kenapa nak ada situasi macam ni, boleh dikatakan setiap permainan bola sepak mesti ada kes2 macam ni. mesti nak perlu ada pergaduhan, cuma bezanya besar kecik size pergaduhan tu saja. kalau menang tu adat permainan la, nak gaduh2 kenapa...bukan dapat apa pun. dah macam pegi tengok bola sebab boleh bergaduh lepas tu. tu kiranya pantang laga bahu, mau boleh kena tibai sesaja.
 
Sudah2 la tu, dah la dalam hal politik negara pun nak bergaduh...tengok bola pun nak bergaduh jugak ke. kadang2 tu malas dah nak tengok bola sepak malaysia ni, banyak sangat provoc nya...menang bergaduh, kalah lagilah bertumbuk terus.
 
Baik layan bola sepak dekat rumah je, kurang bergaduhnya. tak pun mapley pun gempak jugak babe, boleh lawan sorak ramai...takde gaduh2 pun. menang kalah, minum teh tarik 3 cawan, bantai roti canai 2 keping banjir punya...dah cukup BAHAGIA pun. 
 
Tapi saya lebih berBAHAGIA bila bercerita pasal barang2 baking. 

 

Ini hasil dari belian satu masa hari tu, kebetulan pulak masa tu Aeon Sale Day. harus redeem, dapat voucher dari pembelian lebih dari RM50 keatas.
 
Tapi ini adalah keterujaan sangat, memang target untuk dapatkan bakeware set ni. saja tak nak beli demi nak dapat yang berquality dan berharga murah gini.
 
Bukan satu, bukan dua tapi 3 hokey...ishhhhh berbaloi sangat
 
murah tak... (^_^)

4 comments:

Mie said...

Penyokong phg takut bayang2 sendiri... masa jdt main kat phg... mcm2 dia org buat kat penyokong jdt... Ternyata kat Jb tak ada apa yg berlaku pun kat penyokong phg. Media je yg lelebih... JOHOR LUASKAN KUASAMU.... HEHE

Engku Muzahadin said...

Singgah & F00lloW sini dari segmen Senarai URL Blog #4 by Kak Mia ;) S@l@M KEN@L ^_^ http://engkumuzahadin.blogspot.com/

Mohamad Khairil said...

singgah dari segmen kak mia!! :D done follow sini http://www.diarijejakahangat.com/

Aqilah Azmi said...

Takut betul lah jdt ni hahaha.
Mcm kelate dulu dulu lah.
Hahahahah. Takpe Semangat sukan gitew hahah