Saturday, May 17, 2014

Terlajak sampai ke Melaka

Petang semalam saya keluar office tepat 5pm, oh sangat susah nak dapat moment tu. tapi terus jua lah demi nak pegi collect my running bib dekat Wisma OCM yang tak jauh mana dari office. counter tu tutup around 6pm, by 515pm saya dah sampai sana pun. tak payah la hari ni nak pegi lagi coz ada plan lain pulak mendatang.

Takpe, plan hari ni citer later2 la ye. ni nak citer plan terjah hakak tiba2 yang terjadi semalam.

Dah selesai ambik running bib, tah macam mana tersalah masuk jalan terus je ke arah Sungai Besi. dah la jammed hari Jumaat kan, makanya kami terus je perjalanan...sedar2 dah sampai Melaka ko. kira budget kena pukau la ek, bergerak tanpa sedar gitu. terus pasang niat nak makan ikan bakar je. sebelum tu jalan2 dulu dekat bandar Melaka.

Kami tu saya dengan my laki la, hiksss...terus je pegi Alai, malas nak pegi jauh2. Alai pun tak kurang hebat sedap ikan bakarnya. parking pun sangat la senang, kalau malam minggu rasanya parking sampai dekat depan2 rumah orang. 

Makanan yang di order pun cepat sampai, walaupun malam tadi ramai jugak orang datang makan ikan bakar. menu pertama sampai, sotong goreng tepung.

 yang ni my laki nak >kerabu manga<

Udang goreng butter garlic, sangat sedap. udangnya pun besar2.


My laki pilih ikan siakap bakar, makan dengan nasi putih sudah semestinya.

Lepas makan terus nak gerak balik KL semula. dalam perjalanan tu, tak jauh pun. dekat dengan simpang nak masuk Alai tu ada accident. masa tu kejadian tu baru je berlaku and kami berhenti jugak. my laki call ambulance dan polis tapi kena tunggu sampai mereka2 tu sampai coz he the one yang buat panggilan.

Lama jugak tersangkut dekat sini, lebih dari sejam. kereta family yang terlibat dalam accident tu. bila semuanya sudah selesai baru boleh teruskan perjalanan, mujur next day cuti (*_*)


6 comments:

Umie Artoqiemie said...

kerabu mangga yang tak menahan ni. huhuhu..
Uishh orang accident lah!

Nurul Faiz said...

sedapnya makanan. hihihi.
singgah sini dari segmen mialiana :)

husna zahidi said...

sedapnya ikan bakar..T_T
mujur yang kemalangan tu xde pape..
husna singgah dari segmen kak mia..:)

klik nuffy darlie seketol..

sukaxplo said...

ikan bakar yg paling best pada lidah saya 1) kuala perlis 2) muara klang 3)pengkalan balak melaka :)

kemey said...

Hi singgah sini=)
Jemput join segmen
http://pencontengruang.blogspot.com/2014/04/segmen-preloved-by-kokoclothes.html

Siti Fatimah said...

hehehe..boleh pulak ter.. terlajak tu kan... ngeee...


suka ikan bakar tu