Sunday, May 25, 2014

Udang Masak Merah

Hari ni masak udang pulak, my laki tak berapa boleh nak makan udang ni tapi dia jugak yang beria suruh masak sambal udang. nanti kalau dia bersin tak berhenti, harap diam je lah...tak sedar yang resdungnya tu dah naik balik. daging berlada lebih semalam pun ada lagi, panas dan hidang balik...tak baik membazir. ulam dengan budu menu wajib jugak tapi takdenya dalam gambo ni.

Bahan2
Udang
Bawang putih (dihiris)
Bawang besar (dihiris)
Halia (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Cili hijau (dihiris)
Cili kering (direbus dan dikisar)
Daun ketumbar (dipotong panjang)
Tomato (dibelah 4)
Sos tomato
Pes tomato 
Asam keping 
Garam dan gula
Kulit kayu manis
Minyak masak
 
Cara2nya

Panaskan minyak masak dan goreng udang seketika. angkat dan ketepikan.

Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dihiris sehingga layu. selepas itu masukkan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak.

Setelah itu masukkan kulit kayu manis, pes tomato, sos tomato, daun ketumbar dan perasakan dengan garam dan gula, kacau bagi mesra semuanya.

Kemudian masukkan udang ke dalam bahan yang ditumis tadi. kacau sehingga sebati dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.

6 comments:

Izzati Amira said...

mak aihhh. sedapnyaaa... omnomnom

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kalau teringin, makan je... baca bismillah. Karang klu hubby Ann tetiba bersin2, bleh mkn pil elergi.

Maria Firdz said...

wa... sedapnya merah tu..

Maria Firdz said...

wa... sedapnya merah tu..

Maria Firdz said...

wa... sedapnya merah tu..

Ema Johari said...

boleh nampak kepedasannya.