Wednesday, June 4, 2014

Asam Rebus Ikan

Tak sedap betul rasa badan hari ni, ada rasa panas sejuk suam...tekak pun rasa semacam je. pendek ceritanya dah ada bunga2 demam di situ. oh tolong cepat recover, saya ada larian weekend ni.

Makanan paling sesuai ketika ni, asam rebus...erm memang membuka selera makan. lepas makan terus telan ubat demam. hopefully besok kembali seperti biasa semula.
 
Bahan-bahan
Ikan
Bawang besar (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Cili padi (dikisar)
Lada merah (dikisar)
Belacan (dikisar)
Halia (dikisar)
Air asam jawa
Asam gelugur
Serai (diketuk)
Air 
Tomato (dibelah 4)
Nenas
Sayur asin
Garam
 
Cara memasak

Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama air, serai dan biarkan sehingga mendidih. kemudian masukkan ikan dan tambah sedikit air lagi, kacau mesra. kemudian masukkan pula sayur2an bersama garam, kacau sebati.

Biar mendidih dan boleh angkat. hidangkan dengan nasi panas.

Kali ni saya tak letak guna coz tomato dengan nenas dah ada rasa manis semula jadi...tak perlu tambah gula lagi.
 
Makanan sampingan yang lain tetap ada, senang je curah budu perah asam limau dengan cili padi...wallahhhh
 
Sempat pulak goreng sekor ikan dengan ada ulam sikit...okay la cukup makan kami laki bini malam ni (*_*)

6 comments:

sYiRa LoKMaN said...

simple yg psti yummy ~~~

Sue Bee said...

boleh bertambah nasik dibuatnya..sakit tekak belakang kira dahhh

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyum2 sedap tu kak..

Azi said...

org pantai timur suka menu gini.. my husband laaa...

Azi said...

org pantai timur suka menu gini.. my husband laaa...

Siti Fatimah said...

wa buduuuuuuuuuuuuuuuuuuu...... suka sangatttt... adei sat gi nak singgah kat kedai kelantan tu la...


kamu dah mengiurkan ah kak ni dik oiii