Sunday, June 8, 2014

Dinner @ Al Rawsha Restaurant

Sangat lama dah tak datang makan dekat sini, Al Rawsha Restaurant. yang saya ingat last datang makan dekat sini pun in 2012. semenjak saya kurangkan pengambilan nasi dalam makanan, terus 'takde hati' nak makan makanan padang pasir ni.

Tapi malam tadi teringin sangat nak makan makanan padang pasir, lalu terus teringat nak makan dekat Al Rawsha saja since dah lama sangat tak ke sana. takpe makan banyak karbo for my last running pagi tadi. lepas ni stop sekejab untuk persediaan bulan Ramadan yang akan datang tak lama lagi. gantung kasut keluar jubah la kita ye.
 
Tetiba terasa teruja pulak nak citer pasal makan dekat sini ek sedangkan dah ramai pun yang tahu dan pernah makan dekat sini ye tak. yang saya pegi malam tadi dekat Kampung Pandan tu, ala yang bangunan cantik tersergam indah tu. itu yang dekat pun dari rumah. restaurant ni kalau masa ramai costumer tetap tak rasa ramai or sempit coz ruangan dalamnya sangat luas. 
 
Kami order Roasted Whole Chicken Mandy RM35 beserta condiment sekali, hah sila percaya kami laki bini belasah makan sekor ayam dengan nasi sedulang banyaknya tu. orang kiri kanan meja kami dok usha2 je, macam tak caya la tu hiksss...hakak nak lari jauh dek + nak jaga otot2 jugak, kena makan banyak. ayam tu sedap lembut juicy jah di mulut.
 
Yang tak berapa nak syok dekat sini, minumannya saya rasa agak mahal walaupun sedap. my laki ambik Guava Juice RM10 hokey untuk gelas besar tu je. saya ambik mineral water botol besar, itu pun cost me RM8 hokey. lepas ni datang makan sini harus bawak air mineral sendiri je FOC huhhhhhh.
 
Lepas selesai makan terus hantar my camar putih berbasuh salji. petang ni kami akan start bercuti selama seminggu....perhhhh seronoknya. dah setengah tahun pun, inilah baru nak bercuti...sakan terus wa cakap lu. apa?!!! ke mana kami pergi. tak jauh heyyyyyyyy in Malaysia je lagi (*_*)

5 comments:

wa said...

S

wa said...

Sedap ke nasi mandy tu...kami ni dari dulu nak pergi, sampai sek pun tak pergi2 lagi

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama plak xmkn mcm ni..huhuh

Khai♥Rin : anies said...

x penah smpi lg ke sini....

Siti Fatimah said...

amboi tuan dah kenyang perut. si camar pulak dimandikan yer