Monday, June 23, 2014

Monday mood

Hari ni badan rasa suam2 kuku, adakah kerana cuaca yang terik sekarang ni or kerana terlebih makan durian semalam or kerana tido salah bantal lalu leher pun dah rasa sakit2 sampai badan rasa demam sebelah. monday mood selalunya memang ke laut, tak kira macam mana situasinya pasti mood moody tu ada jugak. hahhhh jangan ko cari hal waktu tu, memang ahkak cepat nak melatah tanjat2 gegirl ni.

Mood minggu ni adalah di ambang malas...bertambah malas lagi bila dekat tempat kerja sekarang ni nak kena retrofit. satu hal pulak nak pack barang berkotak2 bukan setakat untuk sendiri punya barang tapi barang boss jugak. nak buat macam mana, dah tugas ku gagahkan jua. tengoklah sampai jumaat ni, bila harinya yang dewa rajin ku turun. 

Yang pasti hanya minggu ni saja lagi untuk nak merasakan makan lunch dengan kawan2. minggu depan kita semua dah start puasa, oh sangat sekejab masa berlalu...kita bertemu lagi Ramadan tahun ini dan berpeluang untuk menikmati nikmatnya bulan penuh keberkhatan. tak sabar nak bersahur dan berbuka, sangat jauh nikmatnya walaupun hanya sekadar seteguk air. 

Sungguhpun sekarang musim panas membara tapi aktiviti makan di luar kawasan tetap berjalan macam biasa. panas pun panas la, tetap jugak tekak ni nak makanan panas2 jugak since badan ni rasa suam2 kuku sudah. 

Makan dekat Central Market tingkat atas sekali. weolsss called that place the sauna coz kalau masuk jangan harap keluar dari situ baju kering. confirm basah dek peluh bercucuran kecuali la kalau waktu dingin2 sejuk...sangat nikmat. makan bertiga, ambik lauk 3 jenis ambik nasi tiga pinggan...boleh makan bersama, sharing is caring gitu. mana yang rasa badan tu nak diambang demam sangat moleh datang makan dekat sini pekena sup panas2 tu...confirm next day dah okay badan, kebah demam katanya.

Ada yang berhari lahir hari ni, kita belikan kek barang sepotong. dah beli untuk yang diraikan, beli jugak untuk tekak sendiri...takkan nak mintak balik kek tu kan (*_*)

3 comments:

Miss Boo said...

menggoda sangat lar kek tue. ermmm

Nurul Farahizzati Zakaria said...

Banyakkan minum air kosong ye kak.. take care yourself :-)

Tihara said...

wahhh sodap nya gambo makanan tu :)