Monday, June 30, 2014

Musim durian dan Ramadhan

Alhamdulillah hari ni merupakan hari ke 2 kita berada di bulan Ramadhan. hari pertama dilalui dengan baik sekali walaupun ada jugak rasa sakit di hati tapi saya tetap bertahan bersabar dan berniat ini segala dugaan buat diri. 

Semalam juga alhandulillah, hujan turun lebat...menyejukkan bumi yang dah lama dahagakan air hujan. nyaman sejuk dingin je rumah. dapat jugak la selelap dua lepas solat, nikmat pulak rasanya tido sekejab ni. 

Sekarang ni dekat kampung adalah musim buah, memang melambak sekarang ni durian manggis, mangga pun banyak jugak. sebelum Ramadhan dah balun habis makan durian berbakul2 dan sekarang ni naik pening kepala menahan bau durian setiap kali bukak ice gobok coz saya akan masukkan dalam bekas setiap kali bawak balik KL...durian takde kulit namanya tu. tak kuasa hehhhhh nak bawak balik dengan kulit2 sekali. even kalau saya beli dekat kedai pun, pasti saya bawak bekas jugak. belah siap2 masuk bekas. tapi dah lama sangat saya tak beli durian, alhamdulillah durian dekat dusun masih mampu mengeluarkan buah yang banyak setiap tahun + macam2 gred durian pulak tu. bagus sungguh perancangan makpak kita dulu ek, sekarang ni anak2 sentiasa merasa hasilnya.

Sejak dari Jumaat malam sehingga hari Sabtu yang lepas, buah ini sesaja saya hadap. pegi dusun sebelah pagi penuh sebakul hasilnya, pegi petang pulak alhamdulillah penuh jugak sebakul hasilnya. tak mustahil 2 hari tu segala2 menu makanan pun berunsurkan durian semata. yang dalam bakul ni adalah durian yang bersaiz besar2, saya kurang suka coz payah nak bukak.

Saya suka size yang kecik2 ni, senang nak bukak...siap asing tu semata tak nak bagi orang lain ambik.

Salah satu juadah iftar semalam, bubur kacang hijau dengan durian. jaga2 cik yah...jangan tertelan air liur pulak, makruh hiksss.

Bermula juga sesi mengumpul stok tempoyak untuk tahun ini sampai la tahun hadapan. okay saya dah ada sebotol tempoyah baru, cukup la takmo banyak2 sangat. dalam freezer masih ada lagi tempoyah tahun lepas yang tak guna lagi. salah satu petua untuk tempoyak tahan lama, simpan dalam freezer ye. sejuk bekukan tempoyak tu. saya ni dah rasa macam nak kena tambah freezer lagi ni, freezer sekarang kecik sangat. sekiranya nak guna keluarkan beberapa jam sebelum masak, inshaAllah rasanya tak masam lagi. kalau nak buat tempoyak tu pulak kena asingkan dulu air durian tu baru masukkan garam dan gula kemudian simpan dalam botol (*_*)

5 comments:

azieazah said...

Kejam sungguh kamu.

Dah tahu itu paberet Kak Azie, lagi di tayang-tayang. Wuaaaaa....!

Tihara said...

sedapnya buat sambal tempoyak
mujur komen ni tengah2 malam buta :)

Nurul Farahizzati Zakaria said...

Geramnya tengok durian tu.......... :'(

Jie Susanos said...

terliur tgk durian..bestnya ada dusun ni..kat tmpt jie nk beli pun mhal lg..

Khai♥Rin : anies said...

bak la semangguk :-)