Saturday, June 21, 2014

Ri-Yaz Heritage Marine Resort & Spa Terengganu (room) review

Wah lama sungguh tak bukak blog ni, tak sempat gamaknya. balik rumah dah ingat tilam bantal je, lepas tu tengah malam berjaga...kawe jadi zombi bola sekarang ni.

2 minggu yang lepas, saya bercuti selama seminggu. tak ke mana sangat pun cuma betul2 bercuti berehat dari kerja saja. cuti pun masih dalam negara, tak jauh mana pun...nu ha balik kampung Terengganu kita je.

Kali ke 2 kami datang stay dekat sini Ri-Yaz Heritage Marine Resort & Spa Pulau Duyong selama 6D5N, kali pertama saya tak sempat langsung nak buat review...takpe kali ni saya buat la ye. kami sampai di hotel pun waktu dah malam, around 8pm. jangan marah sebab gambo agak kelam, maklumla lampu bilik hotel kan kelam melam je.

Untuk 3 hari pertama kami stay di Cemara Duplex, ambik deluxe room rates RM380/night inclusive breakfast.  
 
Teringin nak stay dekat sini masa Monsoon Cup last year tapi tak kesampaian, tak mengapalah stay masa takde apa2 event. sekurang2nya resort tak sesak. okay selepas check in, masuk bilik inilah kerja saya. snap2 segenap ruang. bath tub dan toilet yang bersih, tiada kesan karat pun. bath tub tuterapi saya, setiap malam mesti nak berendam sambil baca novel...kewlesssss mak jemah.
 
Ruang mandi sebelah kanan ruang ini dah bath tub serta toilet sebelah kiri ruang ini. luas kan luas kan...
 
Sangat suka kotak menkuang tu, dalamnya diletakkan semua toiletries.
 
Ada jugak ruang shower, senang cerita ruang mandinya sangat luas. 
 
Sorry katil ni dah jadi mangsa golekan my laki, penat katanya memandu gara2 bininya takmo langsung pegang stereng kereta hiksss. bilik yang sangat cozy dan santai...sangat menenangkan. dalam bilik ni ada sliding door tapi semuanya bertutup dengan kayu or bidai sebagai pengganti langsir. saya bukak jugak sliding door tu coz our room dekat tingkat atas, takde orang nampak lalu lalang depan bilik kan. 

Mini bar, ada basic equipment.
 
Okay ini ruang tv sekali dengan study table. dekat sini la saya buat kerja walaupun cuti seminggu katanya. nak buat macam mana, boss terlalu bergantung dengan pembantunya hiksss...cuti2 pun kena jugak atur hidupnya di kantor. as long ada internet access, tiada masalah sangat pun.
 
Tak sure apa function benda alah ni, radio kot. 
 
Sekali lagi, bilik ini sangat luas untuk kami berdua.
 
Okay Sheltox pun ada, maklumla tempat tepi sungai ek.


Basic stuff dalam lemari.
 
Sejadah juga disediakan.
 
Saya sangat suka bau bath gel nya...hari2 buat mandian buih dalam bath tub.

No comments: