Wednesday, July 23, 2014

25th Ramadhan - Nyamuk

Dekat kawasan perumahan uolsss sekarang ni banyak nyamuk tak?!!! oh alah kalau kawasan rumah saya la ni banyaknya nyamuk. memang inilah dilema kalau kena musim panas, nyamuk menganas sama. 

Memula dulu saya ingatkan kawasan rumah ni kotor ke, ada air bertakung ke...tapi nan adonya. bilik mandi guna shower, bekas minuman kucing setiap hari cuci, bekas bunga pun sama jugak. nak kata luar kawasan rumah pulak, alhamdulillah memang kemas bersih...ada cleaner bersihkan sekitar kawasan. sampah pun setiap 3 hari mesti ada lori datang ambik. sistem perparitan je yang tak check, tak nampak pun...bertutup ko, takkan ahkak nak angkat penutupnya pulak. bila dah bertahun2 tinggal sini, rupanya memang banyak nyamuk terutamanya bila adanya musim panas. mungkin faktor hutan sebelah rumah jugak kot.

Baru minggu lepas, kawasan kejiranan saya ada buat forging. petang semalam kawasan kediaman saya pulak buat forging. tapi tu la forging ni kalau hari pertama tu, masyaAllah nyamuk tu luar biasa banyaknya. 

Bila dah banyak nyamuk ni, denggi pun dah mula la menular. hari tu my laki demam sihat demam semula. saya apa lagi dah suspend takut kena denggi ke hapa. terus beli air 100plus berbotol2 suruh dia minum. alhamdulillah sekarang dah baik, 100plus tak sempat nak habis lagi. 

Alhamdulillah semakin hampir kita dengan Syawal, semakin jauh kita dengan Ramadhan. menu iftar kami semalam, hari ni tak tau lagi. tak sempat nak masak pun, balik office pun asyik lambat je sekarang ni. tengoklah mana sempat nanti singgah je...

9 comments:

sYiRa LoKMaN said...

selamat malam :)

azieazah said...

Sama. Kawasan kami pun banyak nyamuk juga. Tiap malam kena pasang mat ubat nyamuk. Pastu anak-anak saya semua kena pakai lotion anti nyamuk.

Kakzakie said...

Rumah kakak macam tak ada mungkin sebab di JB ini boleh katakan setiap hari ada hujan Ann.. kalau lama tak hujan biasa yg banyak nyamuk..

Kakzakie said...

Eh... kakak nak ucap selamat hari raya, mohon maaf andai ada salah silap kakak sepanjang berhubung di alam maya...

nuyui a.k.a miss YUI said...

tmpt yui biasa2 je..

slmt hari raya kak.

Nurul Farahizzati Zakaria said...

Banyak sgt kak... isk.. geram pulak rasanya...

Nurul Farahizzati Zakaria said...

Banyak sgt kak... isk.. geram pulak rasanya...

tenku butang said...

memang tak tahan kalau nyamok banyak

nuyui a.k.a miss YUI said...

sggh jumaat sblm cuti =)