Saturday, July 5, 2014

7th Ramadhan - Pencarian baju raya bermula

Apa perkara yang sesungguhnya kita looking forward di bulan Ramadhan selain dari memperbanyakkan amal ibadat sepanjang bulan yang teramat mulia ni? kalau saya, kita sentiasa merapatkan hubungan kekeluargaan sesama kita. kalau boleh setiap hari nak berbuka dengan keluarga tapi apakan daya, hanya mampu setiap hujung minggu je. takpe itu pun dah cukup membahagiakan. my anak buat kerap datang berbuka dekat my house so seronok jugak gigih mengharung jammed demi nak balik rumah awal, boleh sediakan juadah berbuka.

My jiran sebelah rumah yang baru ni pun suka menghulur pinggan mangkuk berisi dekat saya jugak sampai saya pun naik binggung nak balas apa dekat diorang tu memandangkan saya tak berbuka secara berat melainkan dengan keluarga saja. tu yang segala jenis kek saya beli untuk membalas pemberian jiran sebelah. takkan nak pas pinggan mangkuk kosong pulak kan.

Okay bukan juadah berbuka yang nak saya ceritakan tapi ada benda lain yang begitu sinonim setiap kali bulan Ramadhan iaitu baju raya. tak kisah bentuk apa sekali pun tapi sekiranya dibeli dalam bulan Ramadhan ni, ia tetap dikatakan untuk raya nanti. 
 
Semalam keluar office adalah lambat, bukan terpaksa tapi sengaja coz plan dengan my laki nak keluar mencari baju raya gamaknya. keluar dalam 6pm terus saja ke KL Festival City. Saja la ke sana nak tengok apa yang menarik. terus cari tempat untuk iftar dulu, so end with Pulau Ketam Steamboat
 
Lepas iftar pegi surau and jalan2. tak lama mana dan tak berapa nak menarik perhatian sangat. end up dengan some tshirt and baju tido raya je for both of us. terus balik rumah dan siap2 untuk terawih and lepas tu jogging keliling taman. aktiviti ni kena buat weh...ahkak ada larian seminggu lepas raya nanti.

5 comments:

Asmin Fahmi said...

Salam perkenalan...jemputlah lawat blog saya http://alamwellness.blogspot

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan penuh keberkatan ini.

P/S: Masih berminatkah untuk memiliki buku saya Tetamu Istimewa? Masih ada beberapa buah stok dengan saya. Sekian, terima kasih.

Khai♥Rin : anies said...

baju utk sy? :-)

Aty_Fared said...

beli awal2..senang yer.. nanti nak carik tudung handbag kasut bagai pulak kan..:)

❤Kamsiah❤ said...

salam kenal & follow..

akak masih tak buat apa2 persiapan utk raya lagi..baju pun tak cari lagi...last2 minit nanti merunggut pulak org ramai nak shopping..