Thursday, August 14, 2014

18th Syawal - Hari Penentuan La Ode Ardi Rasila


Shah Alam: Bebas atau gantung sampai mati? Nasib bekas pengawal keselamatan AmBank Subang Jaya, La Ode Ardi Rasila yang didakwa membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu  diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. 

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan pada akhir kes pembelaan itu selepas mendengar hujahan  pembelaan, kelmarin.


Sebelum ini, pendakwaan memanggil 24 saksi dalam prosiding perbicaraan kes itu yang bermula 23 Jun lalu manakala hanya tertuduh seorang tampil memberi keterangan bela diri dan memilih memberikan keterangan secara bersumpah.   

Mengikut pertuduhan, La Ode, 36, didakwa membunuh Norazita, 37, di dalam bangunan Am-Bank, nombor 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.   Dia turut didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api  pump gun dengan niat menyebabkan kematian kepada pegawai AmBank itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang turut membawa kepada hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Mohd Azari Harun dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asyraf Md Kamal manakala tertuduh diwakili peguam S Selvi.   

Dalam keterangan bela dirinya, warga Indonesia itu berkata, dia tidak mempunyai niat untuk membunuh Norazita dan mendakwa ada menarik pump gun itu hanya untuk memaklumkan dia mahu melakukan rompakan, namun menafikan menekan picu untuk melepaskan tembakan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dalam kejadian itu Norazita maut ditembak ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’.
*********************************************
Pada pendapat saya la ye, bagilah hukuman yang setimpal dengan perbuatan dia ni. kalau boleh jatuhkan hukuman gantung, proceed je. tak pun penjara seumur hidup. tak tau nak kata apa lagi, "membunuh" bukan sesuatu yang indah didengar pun. 

Info terbaru, sah mamat ni dah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati cuma tak tau bila tarikhnya. Allahuakbar...
   
Hari ni tak puasa, boleh pulak terlajar bangun dengan niat pun kelaut sudahnya. alhamdulillah puasa ganti sudah ku langsaikan...inshaAllah untuk melangsaikan puasa 6 hari syawal pulak menyusul. baru lepas sehari, 5 days to go.

Love this kerabu pucuk paku @ Ginger Restaurant, Central Market (>0<)

4 comments:

Sya Mimie said...

Hukuman yng sepatutnya diterimanya pun..

Aty_Fared said...

sokati nak tembak kepala orang lepas tu cakap tak niat.. hurrrmm... ingat nyawa ni macam apa.. dapat duit banyak pon akhirnya hukum gantung jugak.. ingat dapat lari agak nya.. dosa merompak..dosa membunuh...

nur anis said...

hurmm..biar lah dia dapat hukuman setimpal..

norh said...

norh bab ganti puasa ni lemah sikit..huhu