Monday, August 4, 2014

8th Syawal - Syawal yang menguji

Selamat hari raya Aidil Fitri kepada uolsss semua. might be today uolsss dah mula bekerja seperti biasa ek walaupun mood bercuti tu masih lagi bersisa dalam diri. saya dah start bekerja sejak last week lagi tapi still ada mood bercuti yang tak habis lagi...mood nak tido lama je sebenarnya. 

Macam mana sambutan Syawal uolsss, mesti meriah macam tahun2 yang lepas ek. sambutan Syawal bagi saya pulak tahun ini amat sederhana, hanya utamakan yang wajib2 je. kuih raya pun order sejenis je iaitu tart nenas, order lebih sikit supaya boleh dijadikan ole2 jugak bila bertandang ke rumah saudara mara. baju raya pun sepasang je but for my laki dia re-pakai semula baju melayu yang ada. baju tu pun baru lagi cuma dah pakai masa majlis kawin my anak buah on March ari tu. my laki pun tak mau buat baju raya since majlis kawin hari tu dia dah tempah 3 pasang baju melayu, baju tu pun masih elok dan consider new la...this year jugak kot buatnya.

Juadah jugak la yang payah nak adjust, mesti nak banyak jugak coz family kami ni besau2 tekak seleranya. tapi alhamdulillah, tiada pembaziran berlaku...habis sampai titisan minyak yang terakhir :) kuih raya untuk rumah ayah pun saya beli 3 jenis je, my kakak in law ada bagi a few jenis jugak...cukup la untuk hidangan tetamu cilik2 yang datang.

Ada dugaan yang mendatang sepanjang Ramadhan dan awal Syawal lalu tapi tak mengapa, anggap itu adalah ujian dariNYA untuk kami hamba yang kerdil. dugaan kami masih kecil kalau nak dibandingkan dengan dugaan2 yang orang lain hadapi kan. contohnya untuk keluarga mangsa2 MH17, pasti lagi berat ujian yang mereka hadapi. tak terkecuali bagi keluarga mangsa2 MH370 yang tak tau apa kesudahannya, penantian suatu penyiksaan...bukan mudah untuk dihadap tu. sedang kita seronok2 bermain bunga api mercun dentam dentum setiap malam, masih ramai lagi mereka yang seagama dengan kita berdentam dentum dengan bedilan meriam, bunyi tembakan di Gaza sana. Ya Allah sesungguhnya itulah ujian yang paling berat saya rasakan, belum tentu lagi kita mampu untuk menghadapinya. semoga mereka di Gaza sana terus kuat dan bertambah kuat menghadapi si syaitan Zionist tu. 

Sejak dari mula bekerja minggu lepas, saya dah tak makan lagi makanan hari raya. berhenti buat seketika, makan bila dihidangkan saja. kena kekalkan gaya pemakanan jugak coz minggu ni saya dah start ada larian semula. mengah jugak nak mula semula ni fuhsss...

Terus cari yong tau foo, mujur je bukak dah \^O^/

5 comments:

msredcheesecake said...

Akk pon lemau je rini kat opis.mmhhee..
maaf zahir batin selamat hari raya...

Azi Azidah said...

salam syawal... sy ni jumaat nak minum air gula tak leh nak makan manis2 sgt...

LYAfrina said...

setiap ujian tu ada hikmahnya..

salam aidilfitri
maaf zahir n batin

Cindyrina Rina said...

Selamat Hari Raya! dunia akhir zaman banyak le ujian dating nak bagi kesedaran pada manusia sejagat. PEACE!

Siti Fatimah said...

Datang jengah setelah sekian lama