Tuesday, August 26, 2014

Ibu Tunggal Tidur Dalam Kereta Bersama Anak Tiada Rumah


Melaka: Seorang ibu tunggal terpaksa tidur di dalam Perodua Kancil bersama dua anak perempuannya sejak dua minggu lalu kerana tidak mampu menyewa rumah selepas diberhentikan kerja.

Siti Hajar Ismail, 35, mendakwa dia tidak ada pilihan lain untuk mencari tempat berlindung kerana hilang punca pendapatan selepas diberhentikan kerja sebagai pembantu restoran. 

Menurutnya, dia mengambil keputusan ‘bergelendangan’ di dalam kereta bersama dua anak berusia enam dan lapan tahun kerana tidak mahu menyusahkan saudara dan rakan selepas menumpang di rumah mereka sejak diceraikan Jun lalu. 

“Saya tidak mampu menyediakan wang pendahuluan menyewa rumah, malah duit yang ada saya perlu untuk belanja makan dan menyara anak,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Barisan Nasional (PEMBELA BN) negeri di Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah PEMBELA BN negeri Amir Hamzah Aziz.

Siti Hajar berkata, untuk keselamatan diri dan anak, keretanya itu diletakkan di hadapan rumah rakan di Batu Berendam, di sini. 

Katanya, untuk makan dan membersihkan diri, dia hanya mengharapkan simpati rakan atau saudara.

“Walaupun berpanas, menghadapi gangguan nyamuk dan tidak selesa tidur di tempat duduk pemandu, saya memaksa diri demi kelangsungan hidup,” katanya. 

Menurutnya, hatinya sebak kerana anaknya sering bertanya mengapa tidak membawa mereka tinggal di rumah seperti sebelum ini.

***********************************
Alahaiii kesiannya nasib mereka kan, kita sedap2 tido atas katil tapi mereka hanya tido di dalam kereta Kancil pulak tu bersama dengan 2 lagi anaknya. diberhentikan kerja sebagai pembantu restoran, sangat tabah hati ibu tunggal ni mengharungi hidup macam tu demi anak2. 

Cumanya mana bekas suaminya, takkan tak dikisahnya anak yang 2 orang tu...dah la isteri yang kena tanggung semua perbelanjaan anak2. harap selepas ini adalah insan2 dari Baitulmal Melaka yang menolong mereka, golongan macam ni harus dibantu. 

Kisah sebenar tidak dikenalpasti, kebiasaannya kisah diceritakan tak sama dengan kisah sebenar tapi masih jugak la saya sangsi, naper la kawan or saudara mara tak nak tolong mereka ni. entahlah...?!!!

Sayu pulak rasa hati, kita sedap2 menikmati makanan enak setiap hari tetapi masih ada lagi insan yang menahan perut semata tiada daya nak mendapatkan semangkuk makanan pun (";")

2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Kesiannya...hrp ada yg sudi membantu...

Tihara said...

moga Allah mudahkan urusan mereka
sedih baca kisah mereka ni