Monday, August 18, 2014

Kami anak2 baru

Lama dah mak kita tak update entry pasal kita kan. bukan setakat banyak hari tapi dah banyak bulan rasanya. tapi takpe...kita tau yang mak kita akan update jugak pasal kita cuma ikut kesesuaian waktu mak kita la.

Sekarang kita dah bertambah ahli keluarga dekat rumah ni. ada warga keluarga baru yang join sama and coming soon ada lagi jugak nak masuk rumah kita tu. mak kita ni agaknya nak buat nursery untuk kita2 kot.

Okay la mak kita nak perkenalkan ahli keluarga baru secara rasminya dalam keluarga ni...

 nama kita Miki, nanti mak kita update macam mane mak kita jumpa kita ye

 nama kita pulak Miko

 kita pulak Mika

Kami adik beradik kembar bak kata pak kita, rupa kami serupa. hanya yang membezakan kami adalah ekor kami saja. ekor miko pendek macam arnab, ekor mika pulak lebih panjang dari miko.

Ahli keluarga yang masih kekal adalah shiro sahaja. bagi yang dah lama follow entry mak kita ni pasti kenal abang kita yang namanya Mika, bukan mika yang atas tadi tu ye. Mika dah pergi meninggalkan kita semua coz dia sakit dan tak dapat nak diselamatkan lagi. mak kita dah bawak pegi klinik, duduk wad semalaman, bagi makan ubat tapi nyawa tak panjang jugak. mika mati jugak atas pangku mak kita. 

Makanya demi nak terus kekalkan nama Mika tu, mak kita bagi nama tu dekat ahli keluarga baru kita Mika jugak since bulunya hitam sama macam Mika yang lama dulu. soon or later mak kita nak bawak balik adik kita yang baru, sekarang ni baru sebulan lebih usianya. dah bukak mata and pandai bising nak nyusu. mak kita kata, bagi adik putus susu dulu dengan mak dia, lepas tu baru boleh ambik...ishhhh tak sabar kita nak tunggu adik baru kita datang (>0<)

5 comments:

Mimy Hamid said...

kak diorg takde anak ke...hr tu jumpa capek...akak kenal kan capek kawan abg bujal..dia ckap kucing dakak dia la bagi yg mana satu eh...nak bela kucing balik la

Khai♥Rin : anies said...

semua jantan ke ann??

Tihara said...

seronoknya tengok kucing-kucing ni
rasa hepi sangat
sebab kucing ni menghiburkan kita :)

nur anis said...

rindu nak bela kucing..

mrs adam said...

comel2 kucing awak,tp sy takut kucing.hihi