Friday, August 29, 2014

'Like I Give A Fuck' Tutup Aurat!

Keberanian Seorang Wanita Mempersendakan Agama


'Like i give a fuck', itu antara perkataan yang dikeluarkan oleh seorang wanita yang dipercayai berasal dari Indonesia dan menetap di Singapura. Sungguh berani tindakan beliau sehingga sanggup berdiri dihadapan sekolah, yang mempunyai papan 'zon menutup aurat dan berpakaian sopan' dengan menampilkan perut.

Manakala gambar yang kedua sekali lagi beliau mempersendakan dengan mengucapkan 'Alhamdulillah atas berkat makin hamun orang ramai aku berhijrah ke pangkal jalan'.
Apakah motif sebenar wanita ini sehingga berani memperlakukan tidak senonoh begini. Harap tindakan akan diambil dengan segera, dan hukuman yang setimpal atas kesalahannya. 





**************************************************************
Inilah jadinya bila tiada ilmu di dada, tak kira apa2 ilmu sekali pun pasti tidak mengalakkan kita berkelaluan melebihi tatasusila kehidupan kan. takut rasanya nak melalui hidup yang serba moden dan maju kita, perbatasan diri pun dan semakin menipis sehingga ada katanya tak terbatas dek akal. 

Kot la cantik potongan badan tu, perut tu kempis macam kak long ahkak tu si angelina tu tak mengapa la jugak...ini perut macam tu nak tayang. apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh wanita ini, cer citer cer citer. dari segi fizikal seperti dah tau tahap mana pergaulannya, dari segi dalaman...dah tertayang pun kan. 

Tidak diketahui agamanya tapi tidak bermakna dia ada hal untuk memperlekehkan agama yang lain. dunia sekarang masih banyak pancarobanya.

Hari ni minggu terakhir dan juga hari terakhir saya menempuhi jammed yang hamat untuk ke tempat kerja. dilema setiap kali menjelangkan hari Merdeka, pasti masalah jammed yang hamat ni berlaku. walaupun begitu saya masih bersyukur kerana tak perlu nak tengok siaran langsung di tv mengenai perarakan perbarisan hari kemerdekaan kerana saya pasti dah tengok LIVE lagi di depan mata. siap boleh nak selfie dengan abang pedas, abang ketak, dengan kuda, kereta kebal segala la. itulah dia nikmat bila office berada betul2 di Dataran Merdeka. cuma tolong la, jangan di tutup jalan nak masuk Dayabumi...hazab weh kalau nak masuk office pun payah. 

Cantik kan bunga tu. hari ni ramai pulak yang chop nak bawak balik, adalah yang beruntung dapat. yang tak dapat minggu ni, takpe minggu depan ada lagi cuma tak tau warna apa pulak. fresh flower yang sentiasa menghiasi tempat saya sepanjang minggu (^_^)

5 comments:

Khai♥Rin : anies said...

sia2 je hidup jd manusia...

Aty_Fared said...

ada balasan nyer tu nanti...

semalam baru terbaca pasal gadis mesir yang buat bende tak senonoh lebih kurang macam ni tapi lagi dasat...mati dah..ngeri...

Dee said...

Kerajaan singapore mmg x amik tindakan ke? Huhu..

Tihara said...

sangat menyedihkan

eMMe said...

siap ade tatto di lengan lagi.. muka cam melayu.. hurm... taktau la ape motif dia wat camtu kan.. buruk nye perangai...insafla wahai kamu Mantra Helica..