Sunday, August 17, 2014

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Lamanya saya tinggalkan kisah last short gateway saya di Terengganu sebelum Ramadhan lepas. meh kali ni nak sambung semua, satu2nya tempat yang sempat saya melawat adalah di Taman Tamadun Islam. bagus tempat ni, saya dapat mengenali 23 buah monumen Islam yang hebat dengan mengenali zaman kebangkitan Islam sebagai agama yang hebat. taman ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. terpegun sungguh saya dengan keindahan seni bina Islam yang sangat cantik.

Dengan bayaran RM10 untuk warga negara, saya dapat juga pasport Taman Tamadun Islam beserta boucher makanan yang hanya boleh digunakan di cafe taman ni sahaja. dalam pasport tu adalah dinyatakan kesemua 23 monumen yang perlu dilawati. kawasan taman ni besar, manalah tau takut pengunjung termiss pulak kan. ada juga monument yang menyediakan tayangan video sejarah pembinaan monumen berkenaan. selain dari tayangan video, ada juga disediakan bilik pameran barangan atau artifak bagi setiap monumen terpilih sahaja.

 
Masjid Al-Manar, Kudus, Jawa Tengah
 
 Masjid Pattani...ala2 Taj Mahal pun ada jugak kan


 Taj Mahal, Agra antara monumen2 yang dibini di taman ini dan ada tayangan video untuk masjid ini

 
 TTI Water Wheel...sejarah pembinaan berdasarkan teori Al-Jazari

Sepanjang berada di taman ni, saya dengan my laki yang berjalan kaki saja. ada perkhidmatan tram or buggy disediakan tapi takpe, masih gigih untuk berjalan kaki lagi.

Okay kita sambung lagi nanti ye (>;<)

1 comment:

Khai♥Rin : anies said...

bla laa nk smpi sini agk nyer