Wednesday, September 24, 2014

Istana Perjelas Sebab Pilih Azmin

KLANG - Istana Selangor memberikan sebab kelewatan pelantikan Menteri Besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam PR dalam pencalonan menteri besar.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos lalu untuk mencalonkan lebih dua nama menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Beliau menyatakan Mohamed Azmin dipilih selepas Sultan Selangor mempertimbangkan konsensus PR mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya Mohamed Azmin pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti Pas, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa Menteri Besar Selangor perlu dilantik di kalangan Adun PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti PR di Dewan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut juga menyatakan Mohamed Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

Mohamed Azmin mendapat surat lantikan dari istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan teka-teki siapa bakal menerajui Selangor.

PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Mohamed Azmin sekali gus memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti.

Pas pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor.

Bagaimanapun Mohamad Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak.

Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Selangor telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan Menteri Besar Selangor.

"Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor.

"Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," katanya.
************************
Saya bukan anak jati Selangor, saya hanya tinggal menyewa di tanah Selangor ni...memang tak la nak comment macam2 pulak pasal MB baru ni ek. cuma yang pasti sekarang MB Selangor adalah Azmin Ali bukannya kak jijah.

Semoga Selangor terus kekal aman damai dibawah tampuk pemerintahan MB yang baru ini, amin... 

Activity harian tanpa culas, kalau tak ke gym datang ke aerobic class, kalau tak ke lake garden, cukup sekadar mengumpul km berlari sekeliling taman perumahan. run, run and keep run for a live (^_^)v

6 comments:

Ania said...

Blognya keren! Apa Anda mau mengembangkan dan mempromosikan blognya lagi? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Coba servis kami tanpa registrasi:)

Tihara said...

selesai sudah kemelut

munna said...

Semoga MB baru ni menjalankan tugas dia dgn bertanggungjawab

Cho Zila said...

xtvtnyer best bangat.. ha dah ter'sampuk' dengan komen nombor satu dari seberang...
xtvt tiap2 hari tanpa culastu memang best.. akak dah lama tinggalkan.. badan dah gemuk ahhhhhh...
suami akak keje dengan kerajaan Selangor... tak tau nak ulas camner.. teman oghang Perak weh...

Kesuma Angsana said...

yg penting dpt laksanakan tugas dgn ikhlas & sebaiknyer lama, maaf lama x singgah, dh terlajak busy skang ni

umi alya said...

Mudah2an Selangor bertambah maju dibawah kepimpinan MB baru, aamiin..