Thursday, September 11, 2014

Jualan Lekor Semakin Merosot?

KUALA TERENGGANU – Bertandang ke Terengganu, menikmati keenakan keropok lekor padat dengan isi ikan segar menjadi acara wajib bagi setiap pengunjung yang datang ke sini.

Tidak sukar mencari makanan tradisional Terengganu itu kerana ia boleh didapati di hampir setiap kawasan dan salah satu keropok lekor yang popular ialah keropok losong di Kampung Losong Haji Su.

Kemasyhuran keropok losong satu ketika dahulu terserlah apabila deretan kedai menjual produk berasaskan ikan itu di kawasan losong sentiasa dipenuhi orang ramai tanpa mengira waktu, sekali gus meningkatkan ekonomi pengusaha tempatan.

Namun, entah di mana silapnya perkampungan keropok itu kini tidak semeriah dahulu dengan rata-rata peniaga mengeluh kekurangan pelanggan hinggakan ada yang terpaksa menanggung kerugian.

Seorang pengusaha, Muslemainee Che Khallid ketika ditemui Sinar Harian di Gerai Kak Yah Keropok Losong di sini berkata, kemerosotan pelanggan berlaku sejak beberapa tahun belakangan ini dan semakin serius hari demi hari.

Sebelum ini katanya, beliau menggunakan satu tan isi ikan sehari untuk menghasilkan keropok bagi menampung permintaan pembeli namun kini berkurangan kepada 500 kilogram ikan dan isi ikan itu bertahan sehingga dua atau tiga hari.

“Sekarang dalam sehari nak cari sebuah bas yang masuk ke sini membeli keropok pun payah, kami susah hati dengan situasi ini,” katanya yang bimbang dengan masa depan perniagaan keropoknya.


Pengusaha guna nama sama

Menurut Muslemainee, biasanya peniaga akan menaruh harapan tinggi pada musim cuti sekolah dengan kehadiran pelancong yang dijangka memberi rezeki berganda kepada mereka namun keadaan tetap sama walaupun terdapat program besar berlangsung di sini.

Muslemainee mendakwa, lambakan gerai keropok di daerah atau kawasan lain yang turut menggunakan nama keropok losong antara punca pendapatan pengusaha keropok lekor di kampung terbabit terjejas.

Selain itu katanya, ekonomi negara yang tidak stabil juga turut menjadi faktor pelanggan berkurangan kerana orang ramai mengehadkan pembelian malah mereka (pengusaha) turut menjadi mangsa berikutan kenaikan harga bahan mentah termasuk sagu dan gula.

“Sejak dua tahun lalu, keropok bersaiz kecil yang sebelum ini dijual 5 batang RM1, kini terpaksa dikurangkan kuantitinya iaitu 4 batang RM1.

“Manakala keropok lekor bersaiz besar pula dijual pada harga RM1 sebatang berbanding 50 sen sebelumnya,” katanya.

Kata Muslemainee, dia terpaksa berbuat demikian bagi menampung kos bahan mentah yang semakin meningkat.

Menurutnya, keuntungan yang diperoleh kini berkurangan, sekadar cukup untuk membayar gaji pekerja dan kos penyelenggaraan lain.

Dalam pada itu, Muslemainee yang juga mewakili pengusaha keropok lekor di Kampung Losong Haji Su berharap, kerajaan negeri memberi perhatian terhadap masalah itu dan melakukan promosi semula supaya kampung berkenaan dapat bertahan serta menjadi 'syurga’ bagi penggemar keropok lekor dalam jangka panjang.


Terpaksa buka kedai separuh hari

Sementara itu, seorang lagi pengusaha keropok lekor, 2K 2L di Kampung Bukit Losong, Ayob Abdullah mengakui, pelanggan semakin berkurangan sejak belakangan ini dan paling ketara pada Ogos lalu sehingga memaksa dia membuka gerainya separuh hari.

“Pak Ayob buka kedai dari pagi hingga tengah hari sahaja, buka pun untuk memudahkan pelanggan tetap yang membeli bagi kegunaan mereka di pasar raya dan kedai makan.

“Kalau hendak harapkan pelanggan dari luar memang tidak ramai, sebab itu buka separuh hari sahaja, tetapi sebenarnya keadaan ini berlaku mengikut musim dan ekonomi semasa,” katanya.

Kata Pak Ayob, untung dan rugi menjadi kebiasaan dalam perniagaan malah tidak adil untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana mungkin faktor kurang pembeli disebabkan kemampuan pembeli itu sendiri dan sebagai penjual perlu menerima hakikat ini.

****************************************************************************
Ye ke, ahkak punya kampung ramai je orang datang beli...tak harap pelancong atau orang bercuti tapi orang tempatan sendiri pun ramai je beli hari2 kan. ahkak banyak beli dekat kampung sendiri je, nak ke Losong tu boleh tapi kalau anjak balik ke Kuala Terengganu baru jejak...itu pun kalau windu dengan kakyah ke tok beng ke hiksss. siap tipon dulu book berapa banyak nak borong dan bila nak datang ambik. 

Lagi satu port tempat saya suka beli keropok lekor adalah dekat area Batu Rakit...sedap2 jugak dekat sana, terasa isi ikan seketul2. lagi satu port dekat Seberang Takir. tapi kalau dah sesak sangat takde stock kepok lekor dalam ais gobok rumah tu, terus je terjah Kota Damansara umah my bro...pasti ada. tak pun sekarang ni mana2 negeri dah ada keropok lekor sendiri kan.

But yang paling sedap ikut tekak selera daku, kepok kelulut di kampung daku sendiri yang torbaek wehhhh.    


Meh minum dulu sambil menung pikir dekat mane pulak ada jugal kepol lekor sedap dekat KeeL ni...ermmm

6 comments:

Khai♥Rin : anies said...

masih murah lagi tu. kalu da msk kl..berganda harganya...btw, mmg kesian kt diorg...

AnneRaini said...

skrg keropok leko byk di mana2...senang nak jumpa.

nur anis said...

kopok leko banyak jual..tapi nak dapat yang sedap macam kat terengganu tu, payah jugak..kalau beli pun, liat je..

umi alya said...

bahan mentah mahal, itu yang tak sesedap dulu sedangkan pelanggan tetap inginkan keropoh murah dan terbaik

umi alya said...

** keropok..

Etuza said...

http://madey09.blogspot.com/ follow first..done ya