Wednesday, September 3, 2014

Kerana Mencuri Ikan,Muka Kucing Ini Di Belasah


Kuala Lumpur: Tanpa perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila mulutnya hancur manakala hampir semua giginya patah akibat dipukul kerana kesalahan mencuri ikan untuk mengisi perut.

Kisah seekor kucing dibelasah seorang peniaga sebuah pasar di Selayang, menjadi kemarahan orang ramai kerana tindakan itu disifatkan keterlaluan.

‘Posting’ berkaitan kejadian melalui sebuah laman blog popular yang dimuat naik di Facebook petang kelmarin, menerima lebih 99,000 likes, 25,000 komen selain 11,349 yang berkongsi ke laman masing-masing.

Rata-ratanya marah, malah ada yang mengutuk tindakan peniaga berkenaan selain meminta pembelaan atas kucing itu.

Difahamkan, kucing berwarna putih oren itu, kini berada dalam jagaan seseorang yang menetap di Kajang.

Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid menganggap tindakan itu sebagai tidak bertamadun dan melampaui batas.
*******************************
Ya Allah, menitik air mata saya tengok gambar kucing tu, kesiannya. kenapa la diperlakukan sampai macam tu sekali...bukannya rugi sampai tutup kedai pun kan kalau kucing tu curi seekor ikan. memang mental disaster la manusia itu, sungguh tiada perasaan belas kasihan langsung. 

Sapa itu manusia, elok la jangan berbelanja dekat kedai manusia tu...manusia tiada hati perut tak layak mendapat keuntungan dari perniagaanya. sanggup memukul binatang yang dah sah2 tiada akal fikiran, jangan la letakkan diri tu sama macam binatang jugak...tiada akal fikiran. bagi la saya bela kucing tu, saya rela terima...jujur ni. luluh hati saya tau tengok mulut kucing tu pecah, gigi habis patah...kalau manusia itu diketuk giginya sampai patah semuanya, apakah perasaannya kan.

Semoga manusia itu mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang dia telah buat pada kucing itu. kucing adalah binatang peliharaan yang paling comel, kenapa la tegar sangat tangan tu nak memukul sampai macam tu sekali. walaupun adalah segunung masalah dalam diri manusia itu, taklah wajar seekor kucing dijadikan galang ganti pelepas amarah kan...akai takde ke.

Terus rasa nak peluk2 semua kucing dekat rumah ni tanpa henti.    

Hari yang sangat...biasalah dah dinamakan kerjakan. kalau free sangat pun bermasalah jugak ye dak. sabar sambil mulut tak henti mengunyah kuih simpulan kasih...oh kasih ku tersimpul sudah (*_*)v

5 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Gila punya org! Apa kt kite sepuk muka dia smpi gg berterabur!!!

LYAfrina said...

Lya mmg folo kisah abam ni kat fb kucing sayang.. nama abam apa ntah.. dh lupa.
Mmg sedih sgt.. alhamdulillah ramai pcinta kucing y donate n kucing ni pom dh ada y mjaganya..

Mak Wardah said...

Akak sedih sikap manusia yang zalim mcm ni. Kesiannya kucing tu.

eMMe said...

tak sampai hati nak pukul2 kucing..pukul2 manja dah laaa..isk2 dowang ni takde hati dan perasaan ke?

munna said...

Kesiannya.... Janganlah diseksa binatang sampai mcm tu sekali