Thursday, September 4, 2014

MAS akan buang 6,000 pekerja, pindah ibu pejabat ke KLIA

Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu, kata Khazanah Nasional Berhad.
        
Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya hari ini mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.
                                               
Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar menggariskan 12 perkara bagi membolehkan MAS mencatatkan semula keuntungan dan memulihkan syarikat penerbangan negara itu.        

Antara 12 perkara yang disenaraikan dalam pelan penstrukturan semula MAS juga melibatkan rombakan menyeluruh MAS, yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dalam tempoh 3 tahun daripada penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, menjelang akhir 2017.

Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan terus berkhidmat setahun lagi sehingga Julai, 2015.


**************************************

Sekiranya ada kawan atau sanak saudara yang effected dengan berita ini, kuatkan semangat ye. yakinlah, rezeki itu tetap ada...Allah tidak akan menduga umatnya melebihi kemampuan umat itu sendiri. 6000 pekerja merupakan jumlah yang sangat besar tetapi sekiranya itu adalah cara terbaik untuk menyelamatkan sesebuah syarikat dari terus mengalami kerugian, sebagai pekerja kena akur dengan kehendak syarikat. tetapi perkara yang sering terjadi sekiranya keputusan pembuangan pekerja berlaku, mereka2 yang tertentu didalamnya sentiasa tidak terkesan walaupun hakikatnya mereka2 itu tidak memberi apa2 benefit pun dalam syarikat, mungkin hanya istilah kroni2 itu lebih selamat dari menjadi pekerja sahaja agaknya. 

Saya masih mempunya family member yang bekerja di sana, mohon supaya mereka tidak terjejas kedudukannya. diharap segala pengalaman yang ada dalam aviation industry ini memberi peluang yang lebih luas dalam aviation yang lain pulak...ekonomi kita tidak terbatas pada satu sektor saja kan. kita dengar2 je la nanti, 1st in 1st out or 1st in last out or last in 1st out or last in last out...paham tak ni uolsss :)

Semoga Allah sentiasa membantu umatnya yang dalam kesusahan

Sarapan pagi tadi, nasi kerabu. ada hamba Allah yang bersedekah hari ni. semoga Allah melimpah ruahkan lagi rezeki hamba itu. sangat sedap itu nasi kerabu, sampai menggigil tangan nak suap nasi ke mulut...wahhhhhh gitu (*;*)v

10 comments:

Kakzakie said...

Kesian mereka kan Ann. Dlm pada sekarang nak dpt kerja bukan senang..

Emmm... nasi kerabu salah satu makanan yg kakak suka tau:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedih.. moga ada rezeki lbh baik buat mereka yg terlibat.

Azura Aziz said...

yup, moga ada rezeki buat mereka yg terlibat...

eh, sedap pulak nasik kerabu tu ;)

Siti Fatimah said...

Dah jangka...tak.pe rezeki kat mana mana pun ada.

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh isnin =)

Khai♥Rin : anies said...

ramai sedara sy dlm MAS tu...apa laa nasib diorg agk nyerrr

nur anis said...

mesti semua dah mula risau..semoga mereka baik-baik aje dan ada rezeki lain nanti.

LYAfrina said...

kesiannya bg kakitangan y terlibat.. lg2 y berkeluarga/ketua keluarga y isterinya surirumah..

aishah nin said...

Menyelerakan nasi kerabu tu :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh selasa kak =)