Friday, September 19, 2014

MAS nafi pesawat MH198 terbakar

PUTRAJAYA – Penerbangan Malaysia (MAS) menafikan kebakaran merupakan punca pesawat MH198 terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas berpatah balik dari laluan penerbangan ke Hyderabad, India seperti yang tersebar di laman sosial semalam.

Menurut MAS dalam satu kenyataan, pesawat berkenaan yang berlepas pada pukul 10.20 malam dari KLIA berpatah balik selepas kru kabin mengesan terdapat kerosakan pada peranti kawalan pandu auto (auto-pilot).

Akhbar Kosmo! difahamkan, pesawat Boeing 737-800 yang membawa 129 penumpang itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi, Hyderabad pada pukul 11.55 malam kelmarin.
********************
Alhamdulillah...sekurang2nya pesawat ini landed safely dan semuanya selamat, tiada kecederaan yang berlaku. semenjak 2 menjak ni, pasal kapal MAS buat uturn je mesti nak profov kan...mentang2 berganda2 musibah datang melanda. support la penerbangan negara kita, kalau bukan kita rakyat Malaysia sapa lagi...inshaAllah 

Sepertinya hari ni, alhamdulillah ada hamba Allah yang sudi belanja ahkak makan. maklum la hujung2 bulan ni sesak sikit, bila ada yang belanja nikmat syukur tu berganda2 dapatnya.

7 comments:

Tihara said...

alhamdulillah
yang penting semuanya selamat dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku..
bestnya ada orang belanja :)

Khai♥Rin : anies said...

Alhamdulillah...

NzA said...

itulah kan...sejak kebelakangan ni bertimpa2 masalah mendatang.....InsyaAllah, sama2lah kita doakan yg baik2....

YaNg AyEsHa said...

sebenarnya bukan terbakar..mungkin ada masalah teknikal lain yg membuatkan kapal tak boleh meneruskan perjalanan..bila ada yang translate bulat2 'burning fuel' kepada kebakaran minyak, ramai yang salah faham ingatkan kapal terbang terbakar..kapal terbang hanya berlegar-legar diudara buat beberapa ketika untuk kurangkan minyak yang ada supaya dapat mendarat dengan selamat..itu apa yang saya faham.. :-)

Nora Karim said...

Alhamdulillah... yg penting semua selamat... hihi makanan yg org belanja biasanya mmg akan buat kita kenyang smpi ke malam.. hehhe

Ayu said...

assalam ann,
aah akak pun ada terbaca tentang hal ini..tapi kat fb aje..
so actually cuma masaalah kecil ajelah ya...bila difikir2 macam kesian kat MAS ni..lepas satu satu perkara berlaku..tapi alhamdullilahlah yang ini semuanya ok..:)

Julia Johari said...

Byk betul minor kes ttg MAS ni...ish kena buat something fully check up la...risau ni nak naik MAS