Sunday, September 28, 2014

Minum petang @ Berbeteng Cafe, Taman Tamadun Islam

Okay kita sambung lagi kisah berjalan di Taman Tamadun Islam tapi kali ni nak cerita tempat makan di situ. satu2nya cafe di taman ini adalah Berbeteng Cafe yang terletak di luar kawasan taman. kalau tak masuk taman tamadun ini still boleh lagi untuk singgah makan di cafe nya yang terletak bersebelahan tempat masuk ke taman. pemandangan sekitar cafe juga sangat cantik dan bersih...rasanya kalau sebelah malam lagi cantik tempat tu dihiasi dengan limpahan lampu2 yang cantik. makanan barat, makanan arab dan makanan tempatan adalah antara jenis hidangan makanan yang disediakan di cafe ini. 

Kami hanya minum petang di cafe ini makanya kami hanya memesan spaghetti share makan berdua. 

Selepas kenyang, singgah masjid kristal sekejab...after that terus ke destinasi yang lain pulak.

3 comments:

Julia Johari said...

Tudia pi Taman Tamadun Islam mmg syok habis...pastu naik tram yg disediakan tak yah penat2 nak pusing satu TTI kan...ish sedap yer menu tu ...masjid kristal lawa betul...rinduuuu nak ke sana lagi

Tihara said...

nampak sedap jugak menu dia
hari tu pi tapi tak makan kat sini kami makan di KT :)

Khai♥Rin : anies said...

jauh tuuuu