Monday, September 22, 2014

Rakyat Malaysia bazirkan 800,000 kilogram makanan sehari

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia membuang makanan sehingga 800,000 kilogram sehari dan jumlah itu mampu menampung bekalan makanan untuk enam juta orang.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Ab. Rahim Md Noor berkata, kos pengurusan sisa pepejal termasuk makanan yang dibuang itu juga melibatkan kos berbilion ringgit.

Beliau berkata, peratusan komposisi sisa makanan didapati meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus pada musim-musim perayaan.

"Kalau kita lihat peratusan, sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan pihak kami telah mencecah RM1.6 bilion tahun lepas.

"Perkara ini amat membimbangkan saya dan dengan itu kami akan melancarkan Program Transformasi Minda dalam bulan Oktober untuk mengubah minda masyarakat supaya tidak membuang makanan sesuka hati,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

**************************************************************************
Ishhhh saya memang pantang betul kalau nampak orang membuang makanan ni, especially kalau makanan tu masih elok lagi or dengan sengaja membiarkan makanan tu sendiri menjadi buruk or basi. selalunya hotel2 on buffet or restoran2 banyak yang buat amalan ni kan, kalau tak habis bukannya nak bagi staff diorang bawak balik makanan tu pun walhal makanan tu masih elok lagi. 

Oh sebenarnya negara kita ni terlalu mewah dengan makanan, dalam apa jua situasi pasti ada makanan yang dihidangkan. keluarga saya pun sering mengutamakan makanan setiap kali berkumpul...siap plan nak masak/makan apa setiap kali bertemu.

Sekarang ni nasi campur pun mahal kan. kalau dekat tempat kerja saya ni kena tengok tempat jugak, kalau yang taraf gerai, tempat takde aircord bagai, inshaAllah murah lagi. kalau yang up sikit dari itu, harga pun agak naik la jugak. kalau mampu apa salahnya untuk beli kan tapi kena makan sampai habis. selalu sound my friend yang tak habiskan makanan, paksa diorang makan sampai habis....sayang kot, sian menangis makanan tu kalau tak habis. hiksss macam nak menakutkan budak2 je kan. kalau saya memang sure habis la, ahkak kuat makan dek oiii. kalau dapat yang sedap tu...ermmmm mau tinggal tulang je, sebutir nasi pun takde tinggal tau. 

Sedih kan bila tengok makanan terbuang macam tu je kan. 
  
Ini rezeki saya untuk hari ni, yes hari ini. roti telur ni penyumbang tenaga yang bagus ko. besok nak makan lagi la roti telur (^_^)v

2 comments:

Julia Johari said...

Insaf baca entry ni...rasa yer kena perlu masak sedikit2 dan tidak berlaku pembaziran...kesian kan org yg berhak patut makan tp dibuang begitu sahaja...

Etuza said...

http://madey09.blogspot.com/ sebaiknya kita usah membazira ..