Thursday, September 25, 2014

Salam Zulhijjah

Barang siapa yang berhajat untuk melakukan qurban pada tahun ini, sila check kuku masing2 sekarang, sekiranya panjang sila potong sebelum masuknya waktu magrib sebentar lagi. sekiranya sudah masuk waktu magrib, sila jangan potong kuku ataupun rambut ataupun janggut jambang waima segala dari anggota badan sendiri sehinggalah cukul 10 Zulhijjah ataupun lebih tepat sehingga sembelihnya haiwan (lembu or kambing) qurban kita itu. 

Untuk dalil2 yang lebih tepat, sila dapatkan ustaz or alim ulama untuk mendefinasikan dengan lebih terperinci. 

Saya sudah memotong kuku tangan dan kaki pagi tadi, another 10 days to go. kuku sila jangan panjang ye, nanti daku resah gelisah tengok kuku sendiri dah macam puntianak jadian pulak.

Saya tak dapat pastikan sama ada masih berpeluang untuk berentry atau tidak semasa hari raya nanti. tetapi saya tetap ingan mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat2 yang akan berpuasa esok hari dan untuk hari seterusnya. selamat menjalani ibadah korban kepada yang berniat/berhajat. sekiranya berkemampuan, berkorban la...hanya ini pesanan saya, hamba yang kerdil.

Akhir sekali, selamat menyambut hari raya haji/qurban kepada semua. semoga amalan kita sentiasa diterima oleh yang Maha Esa

 (^_^)v 

5 comments:

Tihara said...

salam zulhijjah 1435 :)

Kesuma Angsana said...

Salam jumaat yer ! sama2lah kita yer

anis abdullah said...

Salam Jumaat

Julia Johari said...

Selamat hari raya haji tak lama lagi ye dear...julia dh potong kuku...selamat hehehhe

Khai♥Rin : anies said...

selamat hari raya aidil adha...