Sunday, September 14, 2014

Sambungan - Taman Tamadun Islam Terengganu

Sambungan semua entry yang lama terbengkalai ni...semenjak internet dekat rumah tu buat hal, amatlah payah nak update entry sekarang ni. boleh nak guna broadband sendiri tapi punyalah slow...boleh tertido depan laptop jadinya, sudahnya apa pun tak boleh.

Masih lagi bersiaran di Taman Tamadun Islam Terengganu. 

Masjid Badshahi Pakistan

Taj Mahal, Agra India 

 Great Mosque of Samarra, Iraq...begitu unit rekabentuknya 

Adalah sedikit info berkenaan masjid ini. masjid besar samarra adalah sebuah masjid abad ke-9 terletak di Samarra, Iraq. masjid ini telah dibina pada 848 dan siap pada 851 pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah iaitu Al-Mutawakkil yang memerintah (di Samarra) dari 847 sehingga 861. masjid besar samarra pernah dilabelkan sebagai masjid terbesar di dunia dan mempunyai menara iaitu menara malwiya, adalah kon yang luas melambung 52 meter tinggi dan 33 meter lebar dengan jalan lingkaran, dengan menara berpilin, dibina antara 849 (235H) dan 851 (235H), membentuk sebahagian daripada masjid tersebut.

Masjid ini mempunyai 17 lorong, dan dinding telah berdinding dengan mozek kaca biru gelap. ia adalah sebahagian daripada lanjutan daripada samarra ke arah timur. pada 1 april 2005, bahagian atas menara malwiya itu dirosakkan oleh bom. dipercayai tentera amerika menggunakan menara ini dalam mencari dan mengesan pemberontak. 

Masjid al-Sakhrah, Baitul Muqqaddis. di dalam masjid ini terletaknya batu terapung yang diceritakan ingin mengikut Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa isra' mi'raj. dalam masjid ini jugak ada disediakan rakaman tayangan video dan replika batu terapung.

Yang pasti bila la saya berpeluang untuk menjejakkan kaki bersolat di masjid ini. tempat yang sentiasa menjadi kerinduan di hati ini (^_^)

2 comments:

LYAfrina said...

cantik...
lya y duk trg pn bru sekali smpai, tu pom thn 2010..tgk dr luar je..

Khai♥Rin : anies said...

insya allah akn smpi kelak..amiinnn