Thursday, October 9, 2014

Apa Hak Google 'Skodeng' Rumah Anda?Dan Cara Mengatasinya

Google Malaysia secara rasminya mengumumkan Street View, sebahagian dari fungsi Google Maps yang memaparkan gambar sebenar tempat di dalam peta, kini boleh mula digunakan di Malaysia. Usaha ini dimulakan Google Malaysia hampir setahun lalu dengan memandu kereta Street View untuk merakamkan gambar-gambar d Malaysia.



Google menyatakan ia kini menerbitkan hampir 90 peratus imej-imej pemandangan yang didapati disepanjang jalan-jalan di Semenanjung Malaysia,termasuk lebuhraya-lebuhraya utama dan jalan-jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan. Imej itu juga turut menunjukkan kawasan-kawasan bukan jalan utama (offroad) yang diambil oleh ‘Street View Trekker’ menggunakan sistem kamera diletakkan di beg sandang.


Di kawasan terdapat ‘Street View’, imejnya boleh diakses dengan mengheret ikon berwarna jingga ‘Pegman’ kebahagian sebelah kanan peta, ke atas jalan berwarna biru. Di dalam Google Maps baharu, orang ramai juga boleh mencari destinasi tempatan dan di mana terdapat akses kepada imej Street View dari karusel imej (imagery carousel) terdapat di bawah skrin.


Antara fungsi yang ada pada Street Maps ialah, melihat gambar-gambar berbeza yang telah diambil sebelum ini. Ini kerana kereta Google Street View akan terus memandu dan merakam gambar walaupun ia telah melalui kawasan tersebut, terutama sekali di dalam bandar. Dengan ini, pengguna boleh membandingkan gambar yang dirakam tahun lepas, dengan gabar yang dirakam tahun ini. Google mungkin akan menyimpan gambar di tempat ang sama setiap tahun, jadi pengguna boleh melihat perkembangan atau perbezaan di tempat itu.


Google juga memastikan privasi di Google Maps akan dijaga dengan baik ketika pengguna menggunakan imej Street View ini. Google telah membangunkan teknologi sofistikated yang dapat mengkaburkan wajah manusia dan plat kenderaan bagi menghalang mereka di kenal pasti. Sebagai tambahan, Google juga dapat menunaikan permintaan mereka yang tidak mahu wajah atau imej mereka dipaparkan di Street View dengan menghantar permintaan tersebut melalui “Report a problem” yang terdapat di bahagian bawah kanan Google Maps.


Namun persoalan timbul kerana tentang kebenaran merakam foto terlebih dulu sebelum meminta izin daripada tubuh badan atau pemilik rumah.


Dalam tinjauan Google Street View tersebut, sangat jelas kebanyakan kawasan perumahan yang bukan apartmen JELAS dirakam dalam kamera yang boleh mengundang kepada pelbagai perkara termasuk kegiatan jenayah.


Dari lokasi pintu, pagar, tingkap, jenis kenderaan yang ada dalam kompaun rumah, berapa luas kawasan rumah, beranda dan macam-macam lagi sangat JELAS dipamerkan dalam Google Street View.


Ingin ditegaskan, kita bukanlah menentang teknologi. Sebelum ini, banyak pun khidmat Google yang digunakan tanpa masalah. Cuma seakan ia agak melampaui batas dengan menangkap gambar tanpa keizinan.


Meskipun ada pilihan untuk ‘request’ membuang gambar atau blur tetapi perumpamaannya begini, bayangkan ada orang ambil gambar anda, sebarkannya di internet. Kemudian selepas beberapa lama baru anda perasan gambar anda di internet. Sebagai mangsa, anda pula perlu meminta gambar anda diturunkan. Dalam masa sama, sudah berapa banyak printscreen yang diperoleh berbilion manusia?


Siapa yang memberi kebenaran kepada Google untuk menangkap gambar sesuka hati? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM ke? Adakah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke?


Secara peribadi, Google Street View ini adalah inovasi yang menarik jadi cadangan saya, kalau Google mahu meneruskannya, blur kan saja SEMUA kediaman peribadi atau rumah siap-siap. Kalau anda mahu rumah anda terpampang di internet, barulah request ke Google.

Sumber dari : http://forum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=15116
**************************************************************************************
Gila punya keja, kalau macam ni senang2 je orang lain nak skodeng rumah kita nanti. dah la semua pendaftaran sekarang ni nak alamat rumah, senang2 je orang lain boleh view rumah kita dekat mane, ada apa segala isi perut dalamnya. mana hak privacy kita nanti, nak bergerak bebas dalam rumah sendiri pun dah takut2 sekarang ni. cukup dengan FB la, IG la bagai yang selalu dikatakan sebagai sumber pembuka privacy seseorang, takkan la google street view rumah sendiri pun nak selit masuk jugak kot.  

Diakui jugak ada kebaikannya street view ni pada yang betul2 menggunakannya untuk kebaikan especially kalau kita nak cari jalan or lokasi sesuatu tempat/kawasan tu. sekiranya yang menggunakan perincian ini untuk benda2 yang tak benar, guano tu. saya pernah check tapi agak sukar, mungkin kerna saya tinggal rumah flat je...tak berapa nak high class sangat hiksss.

Nak kawin dengan askar dah tak boleh ko, kalau tak dah selamat kot coz kawasan2 pertahanan awam ni kan kawasan larangan untuk street view ni. takpe la, besok nak beli rumah sebelah kem askar je, sipi2 pun boleh ye dak.

Bestnya petang2 ni minum white coffee cecah biskut tiger sambil menonton TV. ha inilah cara saya bersantai setiap kali menginap di hotel. masa hanya dihabiskan di dalam bilik sambil santai2 rehatkan badan. jarang sekali nak keluar berjalan2. 

Ini adalah suasana di ruang rehat dalam bilik di Ri-yaz Heritage ketika saya dan my laki bercuti di Kuala Terengganu yang lepas (^_^)v

3 comments:

Khai♥Rin : anies said...

sy nk delete tp lom buat2 lg...bimbang jg...

lovelywa said...

dalam canggih2 ade gak bahaye nye..makin mudah penjenayah nk buat keje..iskh!!

btw Salam perkenalan dari saya ;)

Amoi Farah said...

Makin dunia canggih makin tak ada privacy