Friday, October 3, 2014

I LOVE YOU, STUPID! - Melur Jelita

Cukuplah Allah ada dan dia sentiasa ada untukku

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…” 


Oh "Abang Pedas"....sangat best panggilan tu, begitu menerujakan untuk lebih mengenali perwatakan abang pedas aka Firman dalam novel ini. tak kurang hebat jugak watak Iris si The Diva.

Novel ni sangat best, seyes hokey sangat BEST!!!! of course kisah cinta, for sure suma suka baca novel cintan cintun ni kan tapi ini bukan novel ayat jiwang sampai berkarat ye...takdelah kalau baca tu naik geli geleman dengan ayat bagi cair jiwa. selain kisah cinta, kisah perjalanan hidup...plot cerita masih mempunyai banyak pengajaran dari setiap kejadian, kasih sayang, ilmu agama juga diterapkan dalam novel ni. novel ini banyak berkisar di Malaysia dan di Kemboja menjadikan jalan ceritanya lebih menarik. 

Tak sia2 my friend kata novel ni best, sungguh2 dia nak bagi novel ni untuk saya pinjam pada mulanya. tapi saya tak pinjam pun, saya cakap dekat dia "takpe saya beli novel tu nanti". tengok pada gambar cover depan cam biasa je kan, sinopsis pun tak la kebabom sangat gemilangnya. tapi cer baca...di situ dah mula terasa every plot sentiasa bergabung menjadikan sebuah jalan cerita yang menarik (^_^)v  

6 comments:

dear anies said...

tebal sgt x larat nk habis ;-)

Muis Ismail said...

Jgn lupa baca sambungan ilus ni..my precious iris. Lagiiiii best :D

azieazah said...

Setakat.ini dari semua novel Melur Jelita, saya paling suka novel dia Awak Suka Saya Tak?. Itu paling hebat.!

Lulu Caldina said...

sila dapatkan sambungannya, MyPi lak lepas ni.. dan novel terbarunya the unsung hero :)

aliza said...

Owwhhh, seronoknya dapat baca novel... novel terakhir akak baca ialah papa akhirnya kautewas jua n konserto terakhir, tu pun sbb nak mengajar ... isshhh..

aizamia3 said...

Novel tu menarik tapi amik masa yang lama nak habiskannya sebab sibuk dengan xtvt harian.. novel terbaru beliau pun tak beli lagi.. hehehe..