Wednesday, October 8, 2014

My Precious Iris by Melur Jelita

"Demi waktu, di bawah langit-Mu,ku akui nikmat-Mu" 
Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?
“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN
“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS
Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS
Hahhhhh ini dia sambungan dari novel I Love You, Stupid! tu. ahkak dah beli siap2 dek non oiii walaupun nak membacanya 2 novel makan bertahun ko....tebal sangat mukasuratnya. cuma novel kali ini saya rasakan agak berat dan agak membosankan diawal dan pertengahan penceritaan. mungkin disebabkan terlalu panjang, ataupun saya tidak memberikan tumpuan lebih ketika membacanya. percayalah, saya mengambil masa yang sangat panjang untuk menamatkan novel ni. tetapi tidak kepada pertengahan sehinggalah penghujung cerita baru kita disajikan dengan cabaran getir dalam rumah tangga mereka (Iris dan Firman).  

Pada permulaan cerita lebih berkisarkan kisah alam percintaan Iris dan Firman yang makin berkembang semenjak mereka diijabkabulkan atas restu kedua keluarga mengikut segala lunas2 cara perkahwinan Islam. Firman si "Abang Pedas" sudah menjadi mat jiwang karat pulak dalam novel ni. agak geli jugak la tapi ada jugak yang menariknya apabila Firman masih mengamalkan menulis surat cinta setiap kali keluar bekerja untuk isterinya Iris. sungguhpun Iris merasakan janggal buat pertama kali menerima surat cinta dari Firman tetapi lama kelamaan dia semakin teruja untuk menunggu surat cinta dari suaminya lagi, lagi dan lagi. tapi bila dah banyak sangat jiwangnya, saya pun dah naik muak jugak hiksss.

Tidak mengalah di situ, saya tetap teruskan pembacaan walaupun dah agak slow. part yang saya rasa dapat menaikkan tahap minat untuk terus membacanya apabila Iris seolah mula rapat dengan seseorang dan sedikit demi sedikit tidak mengedahkan Firman. yang part yang paling menarik bila mana Iris diserang di rumahnya sendiri dan mengakibatkan dia koma dan buta matanya. part ini banyak melibatkan emosi Iris yang tidak pernah tenteram dan boleh dikatakan Iris mengalami tahap kemurungan yang teruk. tau2 je la perangai di Iris tu macam mana dan tahap kesabaran Firman berada di tahap mana...banyak ketegangan di situ. 

Okay memandangkan novel ini adalah sambungan dari novel sebelumnya I Love You, Stupid!, adalah dinasihatkan jangan engkar terus nak baca novel ke dua ni ye. kena baca dahulu novel yang pertama kerana dari situ barulah kita mengetahui kisah permulaan pertemuan antara Iris dan Firman. senang cerita novel ke dua ini banyak bersangkutan dari kisah novel pertama.  

Pada sesiapa yang minat membaca dan suka mengumpul novel seperti saya, disarankan milikilah kedua2 novel ini. sentiasa meningkatkan adrenalin anda untuk membacanya. diakui ada jugak part2 yang saya serasakan agak lemau tetapi tidak pada keseluruhan cerita. banyak kisah2 tauladan didalam kedua2 novel ini (^_^)v 

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Macam itulah baca novel Ann. Memula belum menghayati agak lambat tapi bila dah menghayati makan pun lupa itu yg cepat aje habis..