Wednesday, October 29, 2014

Review - Executive Deluxe @ Ri-Yaz Heritage Resort & Spa Terengganu

Sambung lagi kisah gateway @ Terengganu.

Selepas 2D1N stay di Serambi Deluxe, kali ni kami meneruskan pertukaran bilik kepada Anjung Executive Deluxe pula selama 4D3N dan masih bersekitaran di Ri-Zay Heritage Resort & Spa lagi. saja nak tukar2 angin, itu kata my laki la...saya senyum je.

Selepas breakfast, kami terus kemas2 untuk bertukar ke bilik yang lain pulak. mujur barang pun tak banyak yang nak di kemas memandangkan kami memang dah merancang untuk tukar bilik...zip beg dan angkat je terus masuk buggy yang sedang menunggu. baju kotor semua dah selamat hantar ke dobi.

Seperti biasa, saya sangat suka stay dekat resort ni. pada saya tempat ni mendamaikan, senyap tiada gangguan dan paling seronok sekali, tak perlu berebut bersesak during breakfast time :D. that's why saya still boleh stay in this resort for the whole week.

Macam biasa, meh review apa yang menarik dalam Anjung Executive Deluxe ni pulak...  

masih mengekalkan bilik air yang besar, kali ni siap ada conner2 pulak dalam tu

Ruangan shower ini luas, cuma saya tak suka tingkap tu. hanya diletakkan sticker paper for covering the whole window. still boleh nampak cahaya matahari dari dalam kan. walaupun gap antara bidai dengan cermin tu agak kecil tapi saya masih berperasaan macam orang boleh mengintai dari luar. biasa la kita orang perempuan, mane boleh main redah mandi je kan tanpa nak tengok sana sini. puas la saya pegi duduk berdiri dekat sudut dinding tu demi nak mengelakkan orang nampak, walhal kedudukan bilik kali ini adalah di hujung resort dah. surely takde ramai orang yang lalu lalang pun tapi well perasaan tetap perasaan.

all this item macam biasa la ye...every hotel ada kan cuma bekas je lain2

changing area yang agak memuaskan jugak

toilet yang bersih, ada pili paip

singki pun takde karat2 air, segala maknek toiletries set ada disediakan

Disebabkan warnanya gelap, memang kegelapan la jadinya bath tub ni. bidai2 kayu tu kalau bukak dah boleh nampak katil. kiranya kalau nak berendam still boleh bukak bidai tu untuk menonton tv ke borak2 dengan laki ke or saja nak feeling2 open space ke :D

Habis sudah segala ceruk bilik air diteroka, meh masuk ruang tamu pulak. macam biasa dekat dengan pintu utama ada almari dan mini bar, snack2 and soft drink pun banyak dalam fridge tu.

Antara barang2 yang disediakan dalam almari tu...iron, sejadah, baju tido kelawar dengan kain sarung pelekat pun hado hokay. ala2 kalau terlupa nak banyak baju tido, takpe lagi boleh pakai baju tido yang disediakan tu. tapi yang paling best sekali, ada disediakan telekong yang bersih dan wangi. tiada kesan calit2 makeup bagai dekat telekong tu.

rope dan iron board

Review ruangan tempat tido pulak, katil macam biasa king size untuk my laki yang badang tu. nampak kan tirai dekat tepi sebelah kiri gambar ni, itulah bidai yang attached dengan bath tub tadi. kan senang nak borak2 tu :D

Sebelah kanan katil ni pulak ada tingkat yang ditutup dengan bidai kayu. apa yang menarik dekat resort ni, tiada langsir digunakan. setiap tingkap mesti ada bidai kayu yang menarik pada saya tapi ada kalanya terasa macam terkepung je bila tak bukak bidai tu. tapi bila bukak bidai, nampak macam open sangat dari luar. mujur sebelum ini bilik kami di tingkat atas dan bila tukar suite pulak dapat yang memang mengadup sungai terus. takde la orang nak lalu lalang di situ.

ada satu tingkap di depan katil jugak

alarm ni penting ye...bagi saya la yang selalu terlajak laris ni :D

Ruangan mari buat keje. sini la tempat saya mengadap segala kerja hari2 di pejabat...wahhhh gitu, budget ini office sendiri pulak ek. tidak la begitu, sungguhpun bercuti tapi saya still on call jugak. makanya jangan berangan nak tinggalkan laptop or telephone during holiday. nak buat macam mane, ahkak dah redho dek. cuti keja dah takde beza rasanya sekarang ni. 

Cuma satu je la, tv adalah sedikit comel ye. kalau nak tengok tv sambil baring tu kalau versi saya dengan my laki  memang kena pakai mata tambahan la. dah berapa kali tido sambil pakai spec mata, tinggal tak patah je sebab terhimpit. 

Sebelah kanan meja yang sama tu adanya DVD player which is memang tak pakai la. gigih la pulak nak mengkut dvd bagai kan masa cuti2 ni

Dalam banyak2 resort, belum pernah lagi saya jumpa resort yang sediakan senaskah Al-Quran di dalam bilik hotelnya. saya ada bertanya juga dekat reception, adakah semua bilik memang ada Al-Quran ni. info yang saya dapat, mereka hanya meletakkan Al-Quran tersebut sekiranya guess yang menginap dalam bilik tersebut adalah muslim. Alhamdulillah, sekurang2nya terpelihara jugak naskah bersebut.

Bagi semua kemudahan yang disediakan di dalam executive deluxe ni, overall nya saya amat berpuas hati. ada kurang sikit2 tu takpe, cincai2 kawtim saja. sekiranya masih berkesempatan untuk bercuti lagi, tidak teragak2 jugak untuk saya memilih resort ni semula (*_*)v

5 comments:

Sue Bee said...

agak selesa jugak penginapan kat situ, ye Ann

muis ismail said...

Macam best je hotel ni..

Gieyana said...

Menariknyer...next time klsu sesat g ganu leh singgah..:)

nini said...

wow..cam best jer...

NzA said...

luas dan nmpk selesa....