Tuesday, October 21, 2014

Upsr Bocor Ananda Krishnan Saman Kerajaan

KUALA LUMPUR - Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan yang didakwanya cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, yang menyebabkannya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.
           
K Mangala Bhavani memfailkan saman itu bagi pihak murid berkenaan Ananda Krishnan Menon, 13, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 13 Oktober melalui firma guaman Messrs Rajadevan & Associates.
           
Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 November.

Dalam penyata tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu berkata, defenden gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.
           
Katanya defendan juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka - wakil sah - dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan mulai proses awal penyediaan soalan, hinggalah proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia.

Peperiksaan UPSR dijadual diadakan dari 9 hingga 11 September, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 September dan 9 Oktober.
           
Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami stres, tekanan yang tidak sepatutnya dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR.
           
Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos saman itu.

http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=15380
********************************************************
Memang susahkan untuk menanggani kanak2 khas ni especially apabila mereka dalam situasi yang tertekan...sangat kasihan jugak pada kanak2 seperti ini yang terpaksa menduduki peperiksaan UPSR semula selepas mereka bertungkus lumus untuk peperiksaan sebelumnya.   

Ini belum lagi bagi kanak2 yang di pendalaman, sah2 la mereka harus meredah pelbagai keadaan untuk sampai ke sekolah demi menduduki peperiksaan. tup2 peperiksaan itu dibatalkan hanya kerana soalan bocor...adoiiiii alangkah kesiannya mereka.

Tapi untuk kes ini, agak melampau la dek oiii kalau ko nak saman kerajaan kot, bukannya kerajaan yang saja2 bagi soalan tu bocor kan. ini adalah salah individu yang membocorkan soalan tu sendiri, dah sah2 la tak melibatkan kerajaan. ish kalau dapat individu yang bocorkan kertas soalan tu, suruh individu tu jawab soalan UPSR tu sampai habis. kalau rasa2 jawapan yang betul 100% takpe, tapi kalau ala2 je dari budak darjah 6...baik hukum je suruh belajar balik sekolah rendah. masa kecik2 bagi belajar pandai2, dah besar bocorkan kertas soalan pulak kejanya.

Happy lagi hari ini, dapat landyard yang entah ke berapa pulak dah ni. ramai pulak gamaknya yang suka bagi present landyard dekat saya walaupun saya bukan pengumpul tegar landyard pun. takpe dah orang nak bagi, tapak tangan saya tadahkan. nak beli sendiri pun mahal jugak kan. 

Okay ini adalah landyard ke dua pemberian my boss selepas balik dari Australia. sebelum ni dia bagi jugak masa pegi ke USA. teruja pulak menanti next present coz dia bakal saya terbangkan lagi ke Indianapolis USA (^_^)v

4 comments:

Mimy Hamid said...

kak dah lebih tu yg buruk bg la adik mu ni satu hehehe..sian tak de langsung

Tihara said...

elok jugak dia saman tu :)

Khai♥Rin : anies said...

rs nyer bapa dia yg suruh wat saman tu ;-)

Kesuma Angsana said...

saman jgn tak saman hehehe