Saturday, November 15, 2014

Kek @ Sushi King

Ramai kata saya gila sushi, almost every week mesti datang menderma dekat Sushi King ni. tapi hakikatnya memang besar2 belaka, saya sangat suka makanan japan yang satu ni. tapi semenjak 2 menjak saya mengawal pengambilan makanan, saya dah jarang ke sini. bila dah terasa teringin sangat sampai termimpi2 tu baru la pegi, bak kata orang veteren2...nanti kepunan pulak kalau tak makan.

all type of salmon...must take 

bento set always goes to my laki choices 

Okay ini adalah gambo lama, lama tak lama la....beberapa bulan yang lepas. masa tu saya pegi makan dekat sini lol, tetiba nampak dekat Sushi King ni ada kek. letak dekat piring sama pusing2 jugak. terus tangan ni laju je ambik, nak merasa la apa ke rasa kek dekat sini.

Keterujaan tu tak kemana rupanya, kek tu rasa biasa2 je sama macam makan kek span chocolate. rasanya kalau nak makan kek sedap, sila la cari tempat kek sedap ye...kek ni tak memenuhi citarasa. malam tadi saya datang semula ke Sushi King for bonanza, luckily diorang tak keluarkan kek ni lagi (*_*)v

No comments: